Follower

Tuesday, March 15, 2011

Menanam Bunga Padi - Part 1!!

Assalamualaikum wbt..

Jam 4:06 pagi.. mengambil kesempatan dengan kelancaran line internet.. serta masih bersiaran dari Terengganu Darul Iman.

Berbalik pada tajuk di atas.. sejak bila ibu kembali kepada hobi tanam menanam ni? Hehe.. itu hobi lama ibu yang sekarang sudah diambil alih oleh En. Ayah. Sekarang En. Ayah yang prihatin dengan pokok-pokok di 'Taman Baiti Jannati'.

Sebelum ini ibu ada cerita tentang hobi terbaru ibu iaitu mengumpul pinggan mangkuk lama (PML). Tapi ibu tak kumpul banyak-banyak, setakat ini yang ada dalam koleksi hanya Bunga Kangkung (BK), Pink & Yellow Roses (P&Y).. dan yang terkini Bunga Padi.

Mula-mula, ibu cuma nak kumpul BK sahaja.. kemudian terkumpul pulak P&Y sebab dapat rezeki jumpa satu set terus.. sekarang, tiba-tiba pulak Bunga padi.


12 pinggan mengkum ini hasil pertemuan pertama ibu dengan bunga padi di kedai apek.. masa tu tak tau pun nama dia apa.. mula2 dulu rasa nak letgo semua sbb nak kumpul kangkung dulu..

Tak lama selepas pertemua pertama, jumpa pula sekeping lapik pinggan.. pun jumpa di kedai apek..

Haaaa.. inilah yang membuat ibu mula nak kumpul Bunga padi betul-betul. Ibu intai album Lemari Chanque di FB tiba-tiba rasa berkenan.. Inilah kali pertama dalam sejarah hobi PML ibu, ibu beli online..

Inilah dia koleksi ibu sehingga 06.03.2011.. ketika n3 ini ditulis koleksi Bunga Padi ibu telah pun membiak. InsyaAllah ibu akan kongsikan dalam n3 yang lain pula.

Ps: ada kawan ibu tanya (lelaki).. "Laki ko tak marah ke ko kumpul pinggan-pinggan ni". Errr.. agak-agak apa jawapannya? En. Ayah tak marah ke?

7 comments:

  1. nak marah kenape..pelik soalan pakcik tu..hihi ;)

    ReplyDelete
  2. Salam...
    zefa terengganu di mana yer?
    sebab en.ayah saya pun org trgganu di seberang takir

    ReplyDelete
  3. jelesnye..santeq..nanati nak tempah la..leh???

    ReplyDelete
  4. sejujurnya, saya memang tak der koleksi pinggan mangkuk ni. Bukan nya apa. tak der tempat nak simpan.Umah pun kecik jer.

    ReplyDelete
  5. as salam, zefa bunga padi nie susah sikit nak jumpa tau..kat pasar tani pun jarang2 ada.

    ReplyDelete
  6. Ummu Muhammad: sbb asyik pnggan2 aje kut.. hehe..

    Jura: En Ayah sy di Pulau Bahagia.. kakak ipar sy ada di Sbrg Takir

    Qis: nanti kalau ada xtra akak bg tau ye

    Wantie: takpe.. benda ni bergantung kepada kemampuan dan juga situasi

    BSB: betul2x.. tapi seronok sgt.. sy nye hampir komplit tau..

    ReplyDelete
  7. Ummu Muhammad: sbb asyik pnggan2 aje kut.. hehe..

    Jura: En Ayah sy di Pulau Bahagia.. kakak ipar sy ada di Sbrg Takir

    Qis: nanti kalau ada xtra akak bg tau ye

    Wantie: takpe.. benda ni bergantung kepada kemampuan dan juga situasi

    BSB: betul2x.. tapi seronok sgt.. sy nye hampir komplit tau..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...