Follower

Saturday, September 3, 2011

Semerah Cinta Membara!!

Assalamualaikum wbt..

Hari ini sudah 5 Syawal 1432H. Kami masih di Terengganu Darul Iman. Semalam beraya 'separa' sakan je, dari pagi sampai malam cuma beraya di 8 buah rumah, tapi berakhir pada jam 11.00 malam. Anak-anak dah terlentok dalam kereta dalam perjalanan pulang.

Hari ini tak pasti lagi apa misi ayah. Tapi yang pasti kalau sambung acara beraya pun ibu dah tak ada baju kurung. Gara-gara masalah air yang melanda, ibu hanya dapat basuh baju jam 1.00 pagi tadi. Aduhai kerajaan Terengganu, tolonglah!! (Kalau ibu nak cerita pasal air kat Ganu kita ni, panjang lebar la pulak nanti.. )

Berbalik pada tajuk di atas, cinta siapakah yang membara? Haha.. tu suka-suka hati ibu je nak letak tajuk. Sebenarnya nak tayang baju raya warna merah. Hihihi..

Layannnnnnzzzzzz..


 Kenangan 1 Syawal 1432H.. Ibu dan adik pakai kasut lama je, sebab kasut baru kami susah nak buka nak naik rumah orang. Hehe.. (Abang dapat dua pasang, kasut dan sandal)..


 Lorrr.. Ayah jeling ke mana puak tu??


 Aik.. manja-manja la pulak. Kihkihkih..


 Ish.. ayah tersorok la pulak..


 Macam-macam gaya..


 Bergurau la pulak.. gegel tu lasak sangat, tak padan dengan berbaju kurung.. oh ya, yang kuing tu baby Haraz.. anak sedara ibu. Veri2 goooood boy! Senang bawa dia beraya.. :D


Tengok!! Sopan sungguh gegel itu..

Semua gambar-gambar tu diambil di rumah saudara. Masa di rumah tak ingat pulak nak berposing sebab masing-masing masih emo lepas bersalam-salaman. Hehehe..

Lepasni, tepek gambar pakai baju kaler hijo pulak. Tahunni ibu berjaya beli beberapa pasang baju sama tema sekeluarga. Kalau tak, hari pertama je sedondon. Lepas-lepas tu dah caca merba..

Okeylah, sampai di sini dulu. Ibu nak jenguk baju dah kering ke belum. Kalau dah boleh beraya lagi.. :D

Jumpa lagi. Wassalam..

@@@@@@@@@@@@@@@@@

9 comments:

  1. wah..cantik la merah..hihi..
    slmt hari raya sis..
    maaf zahir batin...=)

    ReplyDelete
  2. betul2 sedondon nie pasal ibu n anak gegel sama jer coraknya. ayah n boboy pun sama..:)

    ReplyDelete
  3. Puan Kutu: Hehe.. mcm boria kan.. :-)

    ReplyDelete
  4. samelah baju raye muhammad..merun..suke semue..cerieeee ;D

    ReplyDelete
  5. Tersenyum sendiri Nida melihat gambar ketiga tu.... romantik sesangat. Kena tunjuk kat hubby Nida ni... sebabnya hubby Nida ni malu sesangat klu nak berposing ala-ala hindustan.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...