Follower

Friday, September 16, 2011

Stand Fan/ Kipas Berdiri: Ala-Ala Klasik..

Assalamualaikum wbt..

Aduh-duh, harini rasa nak patah pinggang ibu. Gigih ibu ubah susun atur perabot dalam rumah kami ni. Walaupun raya tahunni angan-angan nak tukar langsir kaler hijo tidak kesampaian, ibu semangat nak buat kelainan. Tapi tak semua la ibu tukar, tak larat.. Hehe..

Balik pada tajuk, sebenarnya ruang tamu kedua rumah kami tak ada kipas atas, sebab pemilik asal pasang ini lampu lah..

 Lampu ala-ala klasik gitew.. maaflah dengan kualiti gambar hasil jemari tidak profesional dengan kamera biasa-biasa..

Walaupun kipas ada di ruang sebelah, dan ruang tamuni betul-betul depan pintu yang berangin, ia tetap kurang selesa tanpa kipas. Ibu nak pasang kipas atas, sayang pula kat lampu tu. Ibu suka, ibu suka..(hehe.. sila baca dengan intonasi budak pompuan cina dalam cerita upin ipin..)

Satu malam, masa ibu bertugas ronda-ronda di satu kawasan perumahan.. ibu nampak satu wall fan ala-ala klasik yang memang memikat hati ibu. Tuan rumah tu pasang kat car porch dia. Warna gold..Ibu cari kat tenet tak jumpa pula imej yang sama. Masa tu ibu dalam van jabatan, takkan nak turun ambik gambar pulak.. Hehe..

Maka terus muncul idea, nak pasang kipas macam tu. Ibu cakap kat ayah, ayah pulak setuju aje. Gigih kami terjah semua kedai lampu kat Shah Alam, sebab tahu dah, kipas macam tu tak ada jual kat kedai elektrik. Tapi sedih, tak jumpa..

Minggu lepas, kami ronda Subang pulak. Akhirnya, kini pasti.. eh, ternyanyi pulak.. Akhirnya, kami jumpa walau pun tak sama. Walaupun tak berapa nak menepati kehendak ibu, tetapi menepati ciri-ciri klasik tu..

Kami tak jadi beli wall fan, kami beli stand fan.. sebab harga sama dan kalau wall fan kena tambah RM180.00 untuk pemasangan. Huhu.. lari budget..

Ini hasilnya..

 Kipas berdiri ala-ala klasik.. pada instuction manualnya tertulis "Antique Stand Fan'.. Kotak tak ada, kami ambil yang dah siap pasang..


 Close up.. bahagian belakang ni yang buat ibu terpikat, depannya ibu rasa biasa-biasa aje..


Yang ni? Ayahla.. elok-elok ibu tak perasan, dia bagi tau pulak; "Yang, yang ni padan dengan lampu kat rumah kita tu.." Huhu.. ibu pun terbeli. Hehe, terbeli la konon ye?

Tu je ibu nak cerita malam ni..

Ps: Kawan-kawan rajin tak tukar susun atur perabot?

5 comments:

  1. malas,sethun sekali jer kot.kehkeh

    ReplyDelete
  2. hehehe...ya belum ada umah sendiri lagi,so tak de la nak tukar2 perabot ni.....

    ReplyDelete
  3. a'ah...memang cantik kipas tu kak :) nampak klasik sbb warnanya sekali tu....

    ~ suka nak ubah2 perabot...tapi jadi MALAS sejak dua menjak ni

    ReplyDelete
  4. cantik kak kipas tu.nampak lain dari yg lain dan sesuai dgn deco umah akak =)

    table lamp tu pun cantik! mmg match sgt2 dgn lampu atas tu =)

    izan tak rajin mana kak tukar2..sbb umah kecik aje..mcm tu gak alih2 huhu

    ReplyDelete
  5. samelah dgnpuan kutu..naseb baik ade hari raye kalau tak takdelah susun atur perabot hehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...