Follower

Thursday, September 29, 2011

Puding Trifle Jemari Asmara

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, bersua lagi kita. Semalam Jemari Asmara terpaksa direhatkan.. Terima kasih pada semua yang masih sudi singgah di blog yang dingin dek gara-gara dibekukan.

Harini, sepatutnya Jemari Asmara masih dingin. Mengikut jadual harini ibu ada program dengan klien-klien ibu, laporan-laporan hujung bulan, surat-surat yang bertimbun-timbun, gerak kerja untuk persedian kem, dan banyak lagilah.

Namun....

Allah swt takdirkan harini ibu terpaksa cuti. Anakanda soleh ibu demam.. Cuti-cuti juga.. tapi dari pagi macam-macam tugasan rumah ibu buat disamping tugasan-tugasan pejabat yang dibuat di rumah. Sekarang, sedikit lega, dah siap masak dan anak-anak dah makan. Abang tengah layan Tv iQ di Astro, adik pulak dah siap pakai baju sekolah. Sekejap lagi nak pergi sekolah.. Dah clear semua, dapatlah ibu mengadap lappy.. :D

Panjangnya muqadimah, tak ada kena mengena dengan tajuk pulak tu. Hehe.. Sebenarnya ni cerita Ahad lepas. Ibu buat trifle lagi. Cubaan kali ke2 selepas trifle yang INI.


 Kalini ibu cuba buat dalam gelas... Mengada tul.. haha..


 Keh keh keh.. tak nampak langsung lapisannya. Mulut gelas ni kecik sangat, susah nak buat.. (alasan la tu.. hehe..) padahal tanganni memang kurang berseni bab-bab makanan ni.. :D


Masa pic ni di ambil, jelly tu panas lagi.. bila dah masuk peti es dan sejuk, kaler dia lain sikit..


Nak jugak tayang balik.. Ni trifle cubaan pertama, guna laici je..

Ps: Lepasni nak try buat Puding Karamel Jagung pula, harap-harap menjadi. Orang lain dah lama pandai, ibu baru nak try. Huhuhu..

12 comments:

  1. rasa nya pasti sedap kan..kan..kan..:)

    ReplyDelete
  2. menggoda sungguh puding triffle ni hehe...nak buat juga, tapi asyik tertangguh je huhu

    ReplyDelete
  3. nyaman...
    shah alam tinggal kat area mana?

    ReplyDelete
  4. Ayung: Tuan punya malu le nak ckp sedap, tp boleh le.. hehe..

    ReplyDelete
  5. PS: menggoda ke? serabai je hasilnya.. hehe.. cuba jgn tak cuba..

    ReplyDelete
  6. IdaShazana:: sedap di mkn sejuk2.. area seksyen belas2.. :D

    ReplyDelete
  7. tu lah, panjang nau muqadimmah hihi duduk umah lg byk keje kan

    eli ni lg la x penah try pun trifle ni, nk tgk resepi apatah lg :P

    ReplyDelete
  8. tak pernah try lagi buat trifle lagi..kena masuk list jugak lah lepas ni :-)

    ReplyDelete
  9. eliz: haah duk rumah lg bz.. sgt2 bz.. :D

    ReplyDelete
  10. salam zefa.nk buat kotak2 tu mudah jer.Mula2 zefa bukak photoscape,klik mana2 gambar yg zefa nk clearkn/nk padamkn ngan 'kotak2' tu.
    kemudian klik TOOLS yg kat bwh gambar..pastu klik MOSAIC.pastu zefa klik la mana2 MOSAIC..samada LOW/MIDDLE/HIGH tuk kaburkn gambar.
    kemudian gerakkan tetikus ke bahagian mana zefa nk kaburkn/kotak2 kan..bila dah siap...SAVE kat bhgian tepi gambar.Eh!paham ke k.atie ajar ni:D

    ReplyDelete
  11. LL: komfem, trfle dia nanti mesti sedap dan lawa.. :D

    Kak atie: trima kasih byk2.. jasamu ku kenang.. nanti sy sempat sy cuba.. :D

    ReplyDelete
  12. mak uih.... menggoda jiwa sungguh..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...