Nuffnang

Follower

@@@@@@@@@@@@@@

SELAMAT DATANG KE JEMARI ASMARA


Selamat datang ke Jemari Asmara. Blog catatan jemari ibu tentang 'Keluarga Sihat' kami; ibu, ayah, Yusuf dan Maryam. Blog santai yang ada cerita jalan-jalan kami, makan-makan kami, cerita masak-masak ibu, hobi ibu.. Senang kata, cerita tentang kami sekeluarga..

Berinspirasikan sebuah keluarga yang sihat, ibu kini seorang Shaklee Indipendent Distributor (SID). Untuk info tentang Shaklee boleh rujuk pada sidebar kanan blog ya..

SID mesra anda:
Zefa NorAsmara bt Jubir (Ibu Yusuf & Maryam)
ID: 909824

Saturday, September 10, 2011

Menyusukan Anak Angkat

Assalamualaikum wbt..

Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat ibu membuka bicara tentang hasratnya mengambil anak angkat dan nak menyusukan dengan susu badannya sendiri. Kita sedia maklum, menyusukan seorang bayi berumur 2 tahun ke bawah sebanyak 5 kali susuan penuh sehingga kenyang, akan menjadikan anak tersebut mahram dengan ibu dan ayah susuannya serta anak-anak mereka.

Bicara sahabat ibu membawa ke satu perkataan 'alat bantuan menyusu SNS'. Serius, ibu tak pernah dengar dan sahabat ibu tu pun tak dapat jelaskan sebab dia pun baru nak tahu. Maka dengan semangat waja, ibu google nak tahu jugak, apa bendanya SNS tu..


Mula-mula google imej. Dan inilah hasilnya..



Errr.. cekci sikit. Tapi, tak apa.. ini adalah ilmu!!


Kemudian ibu google lagi maklumat tentang SNS atau supplemental nursing system . Secara ringkasnya, ibu faham bahawa SNS adalah satu alat yang digunakan untuk membantu ibu-ibu yang tiada atau kurang susu semasa menyusukan anak. 'Nyonyotan' dari mulut anak akan meransang penghasilan susu, dan pada masa yang sama, anak akan merasa kenyang walaupun tiada susu yang keluar kerana sns menyalurkan susu formula.


Ibu terjah banyak link berkaitan malumat menyusukan anak angkat dan apakah SNS itu. Kebanyakan adalah di salin dari link ini..


Kawan-kawan boleh terus klik link tersebut untuk maklumat lanjut ya.. Terima kasih.


Ps: Jika tahu ada siapa-siapa nak serah anaknya sebagai anak angkat (baby lagi), bagi tau ibu ye...

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

6 comments:

  1. MK: xde lah syida, akak tanya bg pihak kawan.. :D

    ReplyDelete
  2. askm sy nak tanya ttg umur utk menyusukan anak angkat. br2 ni sy ambil anak perempuan 3 thn 7 bln sbg anak angkat. sy ingin menyusukan dia sendiri krn dia msh lg menyusu susu formula. adakah had umur hingga 2 thn itu adalah maksima penyuysuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam. Terima kasih kerana sudi bertanya, tapi ibu bukanlah pakar dalam bidang penyusuan. Untuk menjadikan anak angkat itu sebagai anak susuan mestilah di bawah umur 2 tahun..

      Delete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...