Follower

Tuesday, July 24, 2012

TAMAN HUTAN BUKIT SUK SHAH ALAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu nak kongsi satu tempat yang sesuai untuk beriadah petang-petang. Ye, ye.. ibu tahu bulan puasa ni raamai tak larat nak beriadah. Tapi jangan salah faham tau, beriadah tu tak semestinya aktiviti yang memerlukan tenaga yang banyak. Jalan-jalan sambil ambil angin pun boleh dikira riadah. Err, betulkan?

Nama taman ni Hutan Bukit SUK, terletak sebelah Mahkamah Shah Alam. Kami jalan-jalan ke sana hujung minggu terakhir sebelum Ramadhan. Saje pusing-pusing ambik angin, cuma kami tak masuk sampai ke dalam.. Kami jalan bahagian depan-depan je. Gambar pun tak banyak sebab bateri kamera dah kong kalikong..


Berdasarkan papan kenyataan ni, kita boleh tahu apa kemudahan-kemudahan yang ada. Menarik juga..


Antara gambar pemandangan yang sempat diambil sebelum kamera terpadam dengan sendirinya..

Aksi ceria anak dan ayah..


Menarik tak aksi Yusuf dan Maryam? Hahaha.. Maryam tu sedang garu tangan yang kena gigit nyamuk sebenarnya.

Tak perlu risau kalau nak terkucil.. Tandas awam tersergam indah dipintu masuk taman.

Jadi buat warga Shah Alam yang tak tahu nak bawak anak bersiar-siar ke mana, boleh lah bawak anak-anak ke sini. Ye lah, orang Shah Alam ni sikit-sikit, taman tasik tu je. Nak ke Wet World pun, tak sesuai lah pulak kan puasa-puasa ni.

Jadi petang-petang tu, sambil tunggu waktu berbuka puasa boleh lah ambik angin di sini. Lagi-lagi kalau ada anak kecik, bapa-bapa bagi lah peluang ibu-ibu masak dengan tenang. Bawaklah anak-anak jalan-jalan..

Tapi, ibu cadangkan pakaikanlah anak-anak seluar dan baju lengan panjang. Dah namanya hutan kan, nyamuk banyak lah juga.

Okey, sekian dulu catatan ibu. Semoga catatan ringkas ini memberi manfaat, walaupun sekadar info mana nak bawa anak jalan-jalan.

Hingga jumpa lagi. Salam sayang buat semua.. :D




8 comments:

  1. seronok kat shah alam macam2 ada, saya belajar kat situ dulu sampai sekrang masih teringat2 kat shah alam. Pasal tu kalau pergi kl, shah alam adalah tempat wajib singgah, lagi2 sekarang dah ada jakel dengan ariani.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kongsi info salah satu tpt menarik utk bawa family jln2.

    ReplyDelete
  3. huhu..slalu merayap kt s.alam..tp xpnah smpi cni..huhu

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi ke sini :) nak ajak abah auni jalan2 sini lah balik s.alam nanti hehe

    ReplyDelete
  5. duduk shah alam dulu pun tak pernah sampai sini.

    ReplyDelete
  6. Salam Pn. Zefa,

    Info yang bagus ni. Tambahan satu lagi senarai koleksi tempat berjalan yang mummy boleh bawa anak-anak. just in case, dah tak tahu sangat dah mana nak pergi :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...