Follower

Saturday, July 28, 2012

RESEPI IKAN KERISI


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Awas!! Ini bukan entry tayangan makanan.. Entry ini ibu gelarkan entry pencetus idea. Kalau ada gambar, janganlah tenung sampai menimbulkan nafsu. Errr, nafsu makan laaa..

Apa kawan-kawan nak masak harini? Kalau dalam peti sejuk ada ikan kerisi, di sini ibu sertakan link beberapa resepi ikan kerisi dari beberapa buah blog. Hehehe.. yang benarnya beberapa hari yang lepas ibu google sebab nak cari idea ikan kerisi masak apa. Okey layannnn...

6 resepi.. cukup? Cukuplah, banyak-banyak nanti susah nak pilih pula. Google punya google punya google, sudahnya haritu ibu masak guna resepi sendiri je. Hehehe... Ibu masak;


 Singgang asam pedas ikan kerisi..


RESEPI SINGGANG ASAM PEDAS IKAN KERISI

Bahan-bahannya:

4 ekor ikan kerisi 
1/2 biji bawang besar ditumbuk*
2 ulas bawang putih ditumbuk*
1/2 inci lengkuas dihiris dan diketuk*
1 sudu cili giling*
1 inci kunyit hidup*
1/2 kiub ikan bilis (pilihan)*
3 keping asam keping*
Sedikit daun kesum
Garam secukup rasa*
1 biji tomato dibelah 8 
1 mangkuk air*

Cara-caranya:

Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk dan rebus hingga menggelegak. Masukkan ikan dan daun kesum. Setelah ikan masak masukkan buah tomato dan padamkan api. Senangkan?

Nota ibu; Lain orang lain caranya. Ada juga yang guna halia untuk menggantikan lengkuas. Kadang-kadang ibu letak dua-dua. Resepini hasil tengok kakak ipar ibu masak. Ganu mari.. :D


ps: klik tak resepi no 6 tu? Resepi dari blog mana ek? Ehehehe..

11 comments:

  1. SINGGANG ASAM PEDAS IKAN KERISI
    Rasanya, inilah salah satu lauk berbuka akak sekeluarga petang ni..
    Pinjam resipi ye, Zefa..

    ReplyDelete
  2. kat sini tak jumpa lagi ikan kerisi. daun kesum pun limited edition :-)

    ReplyDelete
  3. hehe...satu ketika dulu tak tau apa benda la masak singgang..
    nasib baik mak mertua tak pernah tanya ...hehe..
    baca entry akak nih , dayah terkenang la kejap..
    :)

    ReplyDelete
  4. mmg trg lagi suka lengkuas dr halia. saya pn jarang2 guna halia.

    ReplyDelete
  5. kami pnggil asam pedas, cuma tambah sedikit kunyit & boleh ditambah belacan bagi berikan kelainan pada rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulla kak, sy ttgl kunyit dlm resepi tu. Tkasih, dgn komen ni sy sdr. Sy x letak belacan, tp letak kiub ikan bilis.

      Delete
  6. Salam. Kak Zefa, Nur pun suka ikan kerisi.. Goreng je pun sedap.. But paling suka ikan kerisi masak sambal.. hmm sedapnya... :)

    ReplyDelete
  7. wah...ikan kerisi ye :) nak try jugalah....

    ReplyDelete
  8. Asam rebus.. Mmg menyelerakan.
    Mcm2 resepi.. Kalau mak saya tambah serai ;)
    Belah Kelantan dan tganu tak tinggal lengkuas dlm resepi mrk ;)

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...sy mintak izin try resepi ni ye...=)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...