Follower

Wednesday, July 11, 2012

SUKANEKA TAHUNAN KE 17 TADIKA ISLAM ALHIDAYAH - Part 2

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry sambungan dari entry Sukaneka Tahunan Ke 17 Tadika Islam Alhidayah - Part 1. Hari tu ibu tepek gambar-gambar perbarisan je kan. Kalini ibu kongsikan beberapa gambar Maryam masa dia tengah bersukan.

Maryam masuk 2 acara je.. Big Giant dan Dragon Ball. Nama acara kemain lagi. Mesti ada yang tertanya-tanya apalah acaranya tu ye?

Big Giant

Maryam and de baldi..

Serius je anak ibu. Peserta pertama dah bersedia nak berlari. Hahaha.. Maryam tak ada kasut sukan, pakai je apa yang ada..

 
Kutip dik, kutip..

Masa ni ibu Maryam tengah bersorak sakan. Go Maryam go!! Dah habis sorak-sorak, barulah sedar diri.. "erkk, ter hover daku". Kah kah kah..


Love this pic..

Haaaa.. Inilah yang dikatakan Big Giant tu..

Ada seorang dari ahli kumpulan yang pakai seluar gergasi. Kawan-kawan yang berlari kutip bola dan masukkan dalam seluar tu.

Masa buat entry ni, baru ibu sedar. Bukan ibu je excited, ayah pun sama rupanya. Kalau tak, takdelah ayah tunggu di situ. Tu ayah Yusuf yang pakai baju belang duk belakang cikgu pakai niqob.

Dalam acara ni rumah hijau juara. Yeay!!


Dragon Ball


Budak muka mencuka pegang sudu..

Sebenarnya acara dragon ball ni adalah acara terakhir sekali. Kalau tak silap ibu acara yang ke 13. Dah tengahari dah masani. Maryam pun dah mula penat dah masani dan dah mula 'macam-macam'. Risau ibu masa dia kata tak nak main dah. Adik dah penat katanya..

Terpaksa ibu pujuk dengan aiskrim. Alhamdulillah dia nak main lepas tu..


Go Maryam go!!

Tengok!! Dia lari pakai selipar je, kasut pun dah tak nak pakai dah. Tak apalah dik, janji adik tak mengaku kalah dulu.

Dalam baldi tu ada bola pingpong..

Sebenarnya, ini acara bawa bola dalam sudu. Cuma nama dikomersilkan. Hahaha.. Kreatif cikgu-cikgu dia. Untuk acarani, kumpulan hijau dapat tempat ke 3. Menang kalah adat bertanding..

Selepas habis acara kanak-kanak, ada acara untuk ibu-bapa pula, dan diakhiri dengan acara penyampaian hadiah. InsyaAllah akan ibu kongsikan di bahagian ke 3 iaitu yang terakhir.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam. Salam sayang buat semua.. :D

7 comments:

  1. Comel la mariam..suka nengok dia..Tapi tulah kan kak, bila game dah sampai tgh anak2 start la meragam. Dulu anak saya pun cam gitu gak, jenuh pujuk nak suruh main lagi..

    ReplyDelete
  2. Bersemangat Maryam berlari..
    Biasalah kalau anak2 bersukan, mak ayah yg lebih teruja.. kadang2 ada yg siap berlari dgn anak keliling padang..

    ReplyDelete
  3. gambar yang ke2 macam maryam nak terbang aje :)

    ReplyDelete
  4. AKAK di TAG sini >>>> http://musyuxmusyux95.blogspot.com/2012/07/cik-buaya-1st-giveaway-choose-your.html

    ReplyDelete
  5. mmg kreatif sungguh cikgu dia. bawa bola dalam sudu jadi dragon ball ya..hihi.

    Kalau anak2 yus mmg peminat kartun dragon ball tegar...huhu

    ReplyDelete
  6. sukanya tgk gmbr maryam yg kak zefa snap tu. nmpak dia sgt2 bersemangat! tahniah maryam!!!

    ReplyDelete
  7. comelnya maryam :) teringat zaman kecil2 masa sukaneka sekolah..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...