Follower

Friday, July 6, 2012

PELUANG BERTEMU CHEF-CHER POPULAR.. IBU YUSUF TERINGIN JUGA.. :D


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Demam MasterChef Selebriti (MCS) terus melanda. Sana-sini kawan-kawan bercerita tentang dunia masak-masak. Pagi tadi pun ibu intai sahabat blogger Yus buat karipap pusing, inpirasi dari MCS. Hehehe..

Ibu Yusuf ni, walaupun bukan pengikut setia MCS, tapi terkena juga tempiasnya. Teringin juga nak jumpa chef-chef ni. Chef betul laaa....

Terbaru, ibu baca di Blog 1001 Resepi, Kak Chef Ida nak buat perjumpaan di antara blogger terpilih dengan chef-chef terkenal seperti Chef Ismail, Chef Florence, Chef Liza, Chef Zam.. dan insyaAllah Chef Ezani. Yang paling penting Kak Chef Ida mesti ada. Lebih menarik, perjumpaan tersebut akan diadakan di Restoran Rebung milik Chef Ismail. Wah.. Teruja mendengarnya. Acara makan-makan akan di sponsor tau! Boleh bawa pasangan pula tu..



Kak Ida akan pilih peserta dari kalangan peserta Wowww 1001 GiveAway. GA tersebut masih berjalan hingga 10 Julai ni. Ibu Yusuf dah join, harap-harap terpilih. Kawan-kawan, jomlah join juga. Boleh kita pergi sama-sama kalau terpilih nanti. Tak salahkan berangan? Hehe..

Kak Ida dah ubah cara pemilihan pemenang. Pemenang tidak lagi dinilai semata-mata dari top referral sahaja tetapi diubah kepada cabutan bertuah.

Kalau ibu Yusuf tak terpilih, tapi kawan-kawan terpilih, pun ibu Yusuf tumpang gembira. Jadi tak salah kita mencuba..



Penaja GA dan acara makan-makan.. :D

7 comments:

  1. Wow nice check my giveaway nAmesherry.com

    ReplyDelete
  2. Salam. Untuk pengetahuan akak, Nur telah terpilih.. Sangat terharu di atas jemputan Kak Ida. Insya-Allah Nur akan luangkan masa untuk hadir dalam majlis tersebut.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualakum,
    kkida belum habis hantar kad jemputan lagi...dan disini kkida ingin menjemput IY ke majlis give away kkida minggu depan...detail ada kat blog kkida...jemputan untuk dua orang...harap boleh beri jawapan kat email kkida ye...terima kasih...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam kak ida, tkasih atas jemputan. InsyaAllah sy akan hadir. Sy dah respon di blog kak ida tadi, dan insyaAllah sy akan email kemudian.

      Ps: senyum sampai telinga.. :-)

      Delete
  4. Seronoknya jika terpilih. Good luck! Belum sempat join :(

    ReplyDelete
  5. Good luck buat Zefa..
    Tak sempat la nak join..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...