Follower

Monday, December 26, 2011

Bercanda Di Pantai Teluk Ketapang Terengganu


Bercanda dipasiran pantai, kita bersama memadu asmahara.. cinta setia.. Hahaha..

Masih entry tentang pantai.. sebelumnya hanya lalu mencuci mata menghayati indahnya alam di Pantai Tok Jembal, kami meneruskan perjalan ke Pantai Teluk Ketapang yang berjiran dengan Pantai Tok Jembal. 

Sebenarnya, ini bukan masa yang sesuai untuk bercanda di persisiran pantai-pantai yang terletak di Timur tanahair. Cuaca tak menentu, angin kuat dan ombak yang mengganas. Namun kami tawakkal, alang-alang tiba dari jauh sayang rasanya tidak singgah menikmati indahnya ciptaan Ilahi. Yang penting, jangan mandi mahupun terlalu dekat dengan air.

Buat sahabat-sahabat yang berkunjung ke Kuala Terengganu, Pantai Teluk Ketapang antara destinasi menarik untuk dikunjungi. Hanya beberapa minit dari bandar Kuala Terengganu dan cuma bersebelahan dengan lapangan terbang. Seafood goreng celup tepung di sini memang best!! Penginapan juga tak menjadi masalah, sangat banyak penginapan dan homestay di sini.


 Pasir memutih, ombak memukul pantai dan angin bertiup kencang.. Sungguh indah ciptaan Ilahi. Cuma kamera ibu gagal merakamkan keindahan itu. Cuaca mendung mempengaruhi keadaan..


 Antara kemudahan yang disediakan. Tandasnya sangat bersih, jadi tak kisahlah kan kena bayar RM00.20 je. Suraunya ibu tak masuk sebab kami datang sebelum masuk waktu solat..


 Gerai menjual air, kelopok lekor, bebola dan pelbagai jenis makanan untuk kudapan sambil bersantai di tepi pantai. Kami pergi sebelum menjelang petang, jadi tak banyak lagi gerai yang buka..


Kedai makan yang menyajikan masakan panas dan seafood goreng celup tepung. Ucu order nasi goreng ikan masin, sangat sedap. Ayah order kelropok lekor dan ikan goreng celup tepung, ikannya segar dan manis isinya. Ibu order sotong goreng celup tepung, walaupun dipotong kecil-kecil tapi sangat puas hati. Yusuf makan tomyam dan nasi, pun sangat sedap cuma sangat pedas bagi dia. Semua yang kami makan termasuk air RM30.00++ semuanya. Okeylah tu, makan dengan rasa puas hati. Oh ya, kami makan di kedai yang betul-betul sebelah surau. Kedai-kedai di sini buka dalam jam 12.00 tengahari. Kami makan selepas bercanda sebenarnya, sebab kami tinggalkan pantai sebelum Zuhor.

Baiklah, mari kita tengok apa aktiviti kami di sana..


Menghayati keindahan alam. Ayah Yusuf memang sangat cintakan alam. Ayah suka laut, suka pantai.. dan tak sukan hiru pikuk pusat membeli belah.


Berkejar-kejaran dengan anak lelaki kesayangan.. Ibu tumpang seronok ajelah, nak lari tak larat. Kendong lemak banyak sangat.. Hahaha..


Bab menyakat pun, serahlah pada ayah. Tapi kalau Yusuf sakat Maryam, ayah marahlah pulak. Hmmm..


Muhammad Yusuf Nabhan.. sebelum ada yang kata tulisn dia cantik, tu ayah yang tulis ye.. Hehe..


Ini aktiviti kegemaran Maryam.. Jadi kontraktor pembinaan Istana Pasir..

Banyak lagi gambar kenangan, tapi cukuplah dulu 9 keping. Ada beberapa gambar Maryam bermain pasir yang sangat ibu suka. InsyaAllah ibu akan kongsikan kemudian.
Jumpa lagi nanti ya..

Ps: Jelajah Jemari Asmara dilanjutkan hingga 15 Januari 2012. Walaubagaimanapun tarikh pengumuman peserta yang berjaya tidak berubah. Harap maklum.



8 comments:

  1. rindu zefa...waH cuti2 di pesisir pantai terengganu ye..seronok tgk gambar2 tu...

    ReplyDelete
  2. suka jgk dgn pantai. kalau balik dungun mst nk ajak lalu ikut pantai. selalunya husben tny nak lalu ikt pantai ke. hehehe...

    ReplyDelete
  3. seronok yusuf dan maryam kat pantai ye... ank2 sy tgk pun jeles nak pegi jugakk huhu

    ReplyDelete
  4. semestinya cantik sungguh tempat ni..
    sy pengemar laut,sy cintakan pulau,sy rindukan deruan ombak..namun dah lama kaki ini tak menjejak ke sana..ermm


    follow sini sis..

    ReplyDelete
  5. dulu selalu datang sini time zaman belajar dulu.. release tension tepi pantai... :)

    ReplyDelete
  6. syoknya klu sesekali bermain pasir..menikmati keindahan pantai..paling best bab makan.sedapnya kopok leko n seafood goreng tepung.yummy!

    ReplyDelete
  7. Apabila melihat anak dan suami Zefa pakai baju merah, nampak contrast warna dengan laut yang bergelora di belakang.

    Wajah mereka pun nampak ceria walaupun ombak sedang mengganas di belakang.

    ReplyDelete
  8. suka dengan laut.. sbb tu beli rmh pun dekat dgn laut

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...