Follower

Saturday, January 21, 2012

PELUKAN TERAKHIR: Hati Ibu Yusuf Turut Terguris..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Pelukan terakhir

Mohd Faizal Jaafar bersama isterinya, Rohana Ahmad memangku jenazah anak mereka Muzaffar, 3 bulan, sebelum dikebumi semalam. Muzaffar dan seorang lagi bayi meninggal ketika dalam jagaan pengasuh di Taman Pertama, Ampang


Nota ibu:
Ibu tidak mengenali mereka, hinggalah musibah yang menimpa mereka tersebar di media.. Namun, rasa 'sakit' itu menjalar di dalam tubuh ibu. Sebagai seorang ibu, hati ibu luluh dengan apa yang terjadi. Redha dengan ketentuan Ilahi itu sesuatu yang wajib, namun bukannya alasan untuk membiarkan isu ini dari terus berulang. Ini bukan kali pertama.. Dan semestinya sebagai seorang ibu yang punya anak membesar di Taska, rasa bimbang itu tetap ada..

Hospital menyatakan kematian bukan disebabkan tersedak susu, dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata jangan buat sebarang spekulasi terhadap perkara ini. Kita tunggu sahaja apa kata kementerian kesihatan nanti..

Semoga kita semua dilindungi dari musibah sedemikian rupa..

Semoga pasangan-pasangan yang menerima ujian ini tabah, sesungguhnya seseorang telah menunggu kalian di syurga sana..

AL FATIHAH..


10 comments:

  1. alfatihah, hiba juga baca entry ni lebih2 lagi melibatkan kisah kanak2

    ReplyDelete
  2. sebak melihat gambar ini.. memang harus redho tp tiada siapa dpt menahan rasa sedih & sayu jika hal ini terjadi kpd kita kan.. AlFatihah & takziah.. semoga ke2-2 ibu ini tabah...

    terkilan jugak kan, bila sebabnya bukan tersedak susu..

    ReplyDelete
  3. sedih dgn kejadian yg berlaku ni kan... harap2lah lepas ni pengusaha taska lebih berhati2 supaya tak berulang lagi kes2 macam ni...

    ReplyDelete
  4. Alfatihah dan takziah buat keluarga Adik Muzaffar..

    ReplyDelete
  5. tiba2 jadi sebak melihat gambar tu..naluri seorg ibu......SEDIH!!!!

    ReplyDelete
  6. meremang bulu roma saya tgk gambar ni.. rasa sayu yg amat.. Ya Allah.. lindungilah anak2 kita..

    ReplyDelete
  7. ya allah,semoga anak2 kita semua didalam lindunganNya, risau sangat pasal nursery ni tapi apakan daya, terpaksa juga guna khidmat mereka, hanya mampu berserah & berdoa

    ReplyDelete
  8. Ya Allah... berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Al-Fatihah buat si kecil, jaminan syurga buatnya..

    ReplyDelete
  9. Sedih dgn kejadian yg berlaku...
    Juga terkilan sebab perkara yang sama berulang berkali2..
    Harap2lah semua pihak ambil berat dan lebih berhati2 pada masa depan..
    Kepada kedua2 pasangan ibu bapa yg terlibat moga tabah dan sabar menghadapi ujian yg berat ini..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...