Dengan Nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Rasanya hampir semua orang dah tahu, tragedi yang baru sahaja terjadi ni. Pagi tadi ibu bw, rata-rata rakan-rakan blogger menulis tentang MH17 yang terhempas..
Ibu tahu pasal kejadian ni malam tadi. Allahu.. Tak terkata rasanya. Ujian Allah swt dibulan Ramadhan ini.
Gambar yang ibu ambil diinternet..
Banyak lagi gambar, tapi tak sanggup ibu nak tengok. Terutama yang melibatkan jasad-jasad mangsa.
Ada maklumat yang mengatakan pesawat tersebut ditembak jatuh. Allahu Akbar! Ini ibu salin berita ringkas dari Berita Harian..
Kuala Lumpur: Pesawat Boeing 777-200 milik Penerbangan
Malaysia (MAS) ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine,
berhampiran sempadan Russia, malam tadi.
Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari
Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua
penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.
Penasihat kepada Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko, dalam laman Facebooknya berkata pesawat itu dipercayai ditembak jatuh oleh pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara.
MAS melalui laman Facebooknya, mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat itu ketika kedudukan terakhir pesawat berkenaan di ruang udara Ukraine.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini dan sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa yang beragama Islam.
Itulah dikatakan sasaran mereka sebenarnya bukan pesawat kita tapi kesilapan besar puak pemish yg meragut ratusan rakyat negara kita. Sedih sebab jadinya di bulan ramadhan - ada yg nak balik beraya, ada yg dah lama tinggal luar negara dan nak berhijah ke M'sia terus tapi terkorban
ReplyDeleteSedih...