Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Harini sekolah agama anak-anak cuti sempena Nuzul Al Quran besok. Jadi harini ibu bawa Yusuf dan Maryam pergi pejabat. Emm, anda-anda pernah ke bawak anak-anak pergi pejabat? Ibu selalu je, lagi-lagi masa cuti sekolah. Lagi pun mereka dah besar, tak usik ibu buat kerja. Yang penting bos tak marah. Hehe..
Pose istimewa dari Maryam Nabihah..
Maryam sekolah agama sesi pagi. Jadi pagi tadi dia yang ikut ibu dulu..
Aktiviti utama Maryam setiap kali ikut ibu ialah berkreatif. Dia akan godek apa yang ada dan buat sesuka hati dia. Ibu biarkan je, dari dia asyik main handset baiklah dia mengasah bakat yang ada. Harini dia buat kad raya untuk cikgu katanya.
Menjelang tengahari ibu hantar dia ke sekolah kebangsaan. Baju, bag, kasut sekolah semua dah bawa siap-siap pagi tadi letak dalam kereta. Hantar Maryam, ambik pula Yusuf. Bawa pula Yusuf ke tempat kerja.. Begitulah ceritanya..
Gambar Yusuf? Tak ada.. Kesian, huhuhu..
Salam Akak,
ReplyDeleteTu dia! Kemain comel anak dara! :)
Pagi ibu masih semangat nak ambil gambar.. petang dah letih tak adalah gambar Yusuf ye:)
ReplyDeleteAla.. kakak pun selalu juga bawa anak kakak. Mereka dah biasa tahu kan tak kacau kita buat kerja.
alolo sweet je.
ReplyDelete