Follower

Tuesday, July 8, 2014

Kisah Terlebih Muatan


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, dah 10 Ramadhan harini. Semoga dipanjangkan usia untuk meneruskan ibadah puasa hingga ke penghujungnya..

Setakat puasa kali ni di Jemari Asmara tak pernah lagi buat entry tentang juadah puasa kan? Hehe.. Ada sekali, itu pun cerita pasal mangkuk tingkat. Sendiri punya masak tak ada, sebab mood nak ambik gambar setiap lepas masak tak ada.

Takpelah, kita tak payah cerita pasal makan. Kita cerita pasal terlebih muatan. Apakah?





Ini gambar beberapa hari lepas. 

Inilah rutin setiap pagi 2 beradik pergi sekolah. Abang sekolah kebangsaan dan adik sekolah agama di sesi pagi. Dan sebaliknya di sebelah petang..

Biasanya tak hantar serentak pun, hantar abang dulu sebab abang masuk lebih awal. Kemudian baru ayah hantar adik pulak sebab adik masuk lewat sikit dari abang.

Bila bulan puasa, sebab dah bangun awal sejak bersahur dua-dua bersiap awal. Lagi-lagi Maryam, kadang-kadang Yusuf belum balik dari masjid solat Subuh pun, dia dah cepat-cepat pakai baju sekolah siap berstokin dah. Semangat betul. Hihi..

Bila dah bersiap awal, Maryam tak nak tunggu la. Ayah hantar abang pergi sekolah dia nak ikut sekali. Layankan ajelah, tapi kesannya;

Motorsikal ayah terlebih muatan. Hehehe..


7 comments:

  1. hehhe buat akak tersenyum jer pagi hari ni Zefa.. penyudahnya.. maryam duduk dibakul heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. Kalau dua2 dk belakang mmg tak muat.. :D

      Delete
  2. Dah lebih muatan, kenalah bawa kereta agaknya kan, Zefa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah dekat je sis tu ayahnya hantar naik motor je, lg pun sesak pg2. Tp bila dua2 nak pergi serentak begini la jadinya.

      Delete
  3. Alaaa... muatan comel aje tak lebih pun tapi seronok. Apa lagi Maryam tu mestilah happy dpt duduk depan. Abang Yusuf relaks dpt sandar:)

    ReplyDelete
  4. comel je walau terlebih muatan..bulan puasa ni kira semangat dua beradik ni nak kesekolah lebih dr biasa la ye..bagus..

    ReplyDelete
  5. hehe, ingatkan terlebih muatan apa tadi...:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...