Follower

Friday, July 27, 2012

AYAM BERLADA HITAM DENGAN SAYUR BERSOS TIRAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Gigih update blog pepagi buta ni, sebab nak syer pasal makanan. Ada ustaz kata, makruh tayang gambar makanan disiang hari bulan puasa. 

Entry ni bukanlah nak ajar kawan-kawan masak, ringkas je resepinya. Tapi sekadar nak syer idea hidangan ekspres tapi sedap.

Yang ni bukan frozen food okey, yang ni 100% air tangan ibu Yusuf tau. Silalah percaya ye.. Nanti ada yang ingat ibu nak buat review produk myChef lagi pulak. Ehehe..

Hidangan yang ibu nak syer ni, boleh dijadikan sebagai lauk sampingan tapi juga boleh dijadikan lauk utama sekiranya kita ketidak cukupan masa. Ibu bercakap ikut pengalaman sendiri, ye lah.. kita ni berkerja. Sampai rumah dah terkocoh-kocoh nak masak, adakalanya tak sempat. Jadi masak yang super ringkas sahaja.

Bunyi tajuk macam 2 jenis masakan kan? Tapi sebenarnya sejenis je..

Ayam berlada hitam dengan sayur bersos tiram..

Dah namanya hidangan super ringkas, gambar pun super sempoi lah ye.. Dalam kuali lagi. Kih kih kih.. Okey, ini resepinya:

Resepi Ayam Berlada Hitam dengan Sayur Bersos Tiram

Bahan-bahannya:

2 ketul dada ayam di potong kecil
Sotong atau udang (pilihan)
1/2 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris/ dicincang
10 Batang kacang buncis di potong
1 inci lobak merah dipotong memanjang
sedikit serbuk lada hitam berperisa
1 sudu besar sos tiram
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak
2. Tumis serentak bawang merah, bawang putih dan ayam hingga naik bau
3. Taburkan serbuk lada hitam dan kacau hingga ayam hampir masak
4. Masukkan sayur, sos tiram dan kacau lagi hingga ayam masak
5. Sedia dihidangkan, tapi jangan lah hidang dalam kuali je.. Hahaha..

Nota ibu: Ibu memang buat kering untuk lebih rasa tumisan, jika suka berkuah boleh tambahkan sedikit air. Kalau nak pedas, boleh tambah cili merah atau cili padi. Untuk resepini, ibu memang tak letak garam..

Sekian resepi hidangan super ringkas dari ibu Yusuf dan Maryam.. :D

13 comments:

  1. mnarik nie..ble2 leh try resepi nie..

    ReplyDelete
  2. sempoi tapi sedap pada selera kita anak beranak dah cukup bagus :-)
    p/s: ibu2 berkerjaya memang kena cekap & pantas time bulan puasa mcm ni kan!

    ReplyDelete
  3. Nak cuba gak la resipi ni..senang dan nampak sedap!

    ReplyDelete
  4. super duper senang! leh la mask petang ni.yela kak zefa bila bkeja ni tkejar2 nak buat itu ini..elok2 hidang je terus dgr azan hehehe

    ReplyDelete
  5. yus selalu gak masak gini, tp yus biasa campur dengan kacan panjang. Sedap kan.., ringkas dan mmg sesuai untuk waktu sahur.

    ReplyDelete
  6. heheh..ok..boleh try nih..
    nampak mudah..dayah boleh cuba kot..
    :)

    ReplyDelete
  7. xper super ringkas...jji super sedap...;)

    ReplyDelete
  8. akak pun ada baca pasal makruh itu tapi nawaitu kita hanya untuk berkongsi rasa dan semoga bila tgk gambar oh boleh cuba ni..itu sahaja niat akak sebab akak sendiri pun macam tu kalau jejak ke blog orang lain...macam tengok resepi ni senang je boleh cuba nanti ni kiranya macam 2 in 1 le kan....

    tak kan tengok gambar boleh terliur sampai perut keroncong pulakkan... itu namanya iman tak kuat

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Resipi yang simple and nice..
    boleh try dalam kes terdesak especially masa sahur,.
    Thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. Masakan yang ringkas, tapi jadi kesukaan anak2 akak..
    Akakpun lebih suka yang kering. lagi sedap..

    ReplyDelete
  11. sedapnya kak :) bolehlah saya nak cuba esok-esok hehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...