Follower

Friday, February 10, 2012

SUP KAKI LEMBU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, dapat juga ibu menjengah Jemari Asmara untuk harini. Setelah malam menjelma barula dapat buat entry.. Bila tak ada entry, uv pun jatuhlah juga. Jam 8.00 mlm lebih tadi baru capai 89 uv je.. Huhu..

Harini seharian ibu berada di PLKN Paya Indah Wetland melaksanakan tugas dan amanah negara. Penat, letih.. Namun masih terasa-rasa semangat wira dan wirawati yang bersama ibu dan rakan-rakan setugas dari pagi hingga kepetang..

Malamni ibu tak masak.. Sebab letih ke? Taklah, sebab kat peti sejuk dah tak ada lauk mentah. Ada sayur je.. Ayah dan Yusuf makan kat luar malam ni. Ibu dan Maryam tak mau makan..

Ibu nak kongsikan hidangan kami malam semalam..

v

v

v

v


Sup kaki lembu..

Ibu dan ayah je makan, anak-anak tak makan pun. Tak semua orang makan kaki lembu. Boleh dikategorikan hidangan eksotik ni.. Ngeee..

Jangan tanya ibu ye, mana nak beli kaki lembu. Kaki lembu ni ibu ambik dari peti sejuk mak kat kampung. Dulu masa abah sihat, abah rajin bawa kaki lembu balik dari tempat orang kahwin yang sembelih lembu. Balik rumah, bakar kaki tu, kikis bulunya dan lapah dari tulangnya.. Sekarang abah dah terlantar sakit, dah tak keluar rumah pun.. Jalan pun dah tak boleh.. Semoga abah kembali sembuh, amin.

Tentang resepi, sama je macam masak sup.. Cuma yangni ibu tak guna minyak langsung. Semuanya rebus sahaja.. Masuk halia, sup bunjut, kiub ayam sikit, lobak merah, tomato, bawang goreng dan daun sup.. Makan dengan sambal kicap. Sedappp.. :D

Sekian dulu, ibu nak bw slow-slow. Jumpa lagi, salam sayang buat semua..






12 comments:

  1. Sedap eh kak? Saya memang tak pernah makan kaki lembu ni..

    ReplyDelete
  2. nampak macam sedap.// mama suka sup tulang, kaki lembu x pernah rasa, anak2 kalau sup tulang nasi boleh tambah berkali2... hebatnya,.. apa kaitan ngan PLKN nie, jd tenaga pengajar ke.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. dgr sup je menyelerakn,hehe....tp sup kki lmbu nana xmkn kot:)

    ReplyDelete
  4. ekor lembu makan la. tapi buat sendiri tak la. mkn kat kedai je biasanya.

    ReplyDelete
  5. sy tak pernah makan.mmg takut nak makan segala hidangan eksotik.hehe..

    ReplyDelete
  6. waduh2 sedapnye... sy suka gak hidangan cmnie...kalau kenduri memang selera je menghirup sup dia..best2

    ReplyDelete
  7. AKAK PENAH MAKAN ROJAK KATEH BUAT DARI KAKI LEMBU KETIKA DI TGANU DL...SEDAP!

    ReplyDelete
  8. kak zefa... izan pun tak pernah makan sup kaki lembu ni wpun arwah FIL mmg bela banyak lembu.

    dan setiap kali lembu disembelih... dah ada org yg cop nak bahagian mana2... kepalalah, ekorlah, lidahlah, kaki... masing2 punya citarasa tersendiri kan...

    ReplyDelete
  9. saya kurang sikit dgn sup kaki lembu ni hihi :p

    ReplyDelete
  10. sup gear box tu...feveret akak..lama xmkn..tiba2 rindukan abah akak cz bila blk kg mesti dia masakkn utk akak...hu.hu.hu......

    ReplyDelete
  11. Akak tak pernah makan sup kaki lembu.. Tapi tgk gambar tu memang sedap

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...