Assalamualaikum wbt..
Maaflah, pagi-pagi sudah adan n3 dengan tajuk kurang menyenangkan. Tapi tak kira, mana lagi tempat ibu nak luah perasaan, kat blog sendirilah kan? Hehe..
Tajuk di atas tu memang ibu saksikan sendiri. Tapi bukanlah di kawasan perumahan ibu tinggal, tapi di kawasan di mana ibu berkerja. Pejabat ibu menyewa bangunan kedai, dibelakang pejabat ibu ada beberapa bangunan kedai yang tidak beroperasi sebagai kedai atau pejabat. Senang cerita lokasi tidak strategik. Mungkin di atas faktor ia sedikit tersorok dan juga faktor semua jalan di sini dibuat sehala.
Jadi, kebanyakan pemilik mengubahsuainya menjadi bilik-bilik sewa yang penyewanya rata-rata adalah pendatang asing. Bila menjadi tempat kediaman, sendiri fahamlah tentang sampah-sampahnya. Tempat buang sampah pun kecik sahaja. Anjing pulak berkeliaran.. Hmm, maka sampah-sampah pun bertaburan lah!
Yang menjelekkan.. kondom bersepah-sepah.. lampin pakai buang yang ada najis bertaburan.. uwekk! Tapi yang itu, mungkinlah boleh disalahkan sang anjing yang mengkerobek dan menyepahkannya!
Tapi yang buat ibu betul-betul bengang, harini pagi-pagi dah terjumpa 'benda alah kondom' tu di parking kereta tingkat dua. Astaghfirullahal'azim!! Mana datangnya??? Memang spoil de mood betul, pagi-pagi dah ternampak benda mengarut!!
Grrrrrrrrrr!!
errkkk akak,geli kan bila tgk benda2 mcm tu.. ishh kalau izna pun cm akak,terus down mood... cian akak..takpe2..tghari ni mood mesti elok smula hehe (memandai je izan =D)
ReplyDeleteouchhh.. takkan drg ni buat maksiat kat tempat parking plakk?? adeii.. spoil laa..
ReplyDeleteadoiiii.. baca tajuk pun dah mual, apatah lagi melihatnya...isshhhh
ReplyDelete