Follower

Monday, May 9, 2011

Berpejabat Dirumah & Cabarannya..

Assalamualaikum wbt..

Mood serius.. Bersiaran dari rumah, hari ini ibu cuti. Cuti sebab anak sakit, nak tahu sakit apa.. silalah ke n3 sebelum ini.

Walaupun ibu berada di rumah, hakikatnya Maryam Nabihah tak dapat pun belaian sepenuhnya. Sebab, ibu terpaksa juga buka pejabat di rumah. Inilah pejabat ibu hari ni..

v

v

v

v

v

Tadaaaaaaaaaaa.. hehehe.. ni lah dia SOHO ibu harini.. (small office home office..) Konon..

Errr.. mood seriuskan tadi? Ok, kita kembali serius..

Inilah cabaran seorang ibu berkerjaya, walaupun hakikatnya kerjaya ibu tidaklah sebesar mana. Hanya seorang pegawai kerajaan yang biasa-biasa.. Adakala tugasan yang diterima telalu bertimpa-timpa sehingga logik akalnya, tiada peluang pun untuk bercuti. Namun, apabila menerima ujian seperti apa yang ibu hadapi, adalah mustahil untuk ibu berkata tidak untuk bersama anak di rumah!

Wajib sebagai ibu, bersama anaknya ketika anak berada dalam kesakitan. Wajib juga sebagai pekerja untuk  menyelesaikan tugasnya.

Maka dengan itulah, ibu buka SOHO harini..

Berdasarkan pengalaman ibu yang setengah hari je ni, ibu nak kongsikan cabarannya:

1. Walaupun duduk di rumah tak sempat masakpun, pagi-pagi tadi sebelum keluar rumah ayah dan bungkuskan siap-siap (Tapi sempat juga la basuh baju 3 round tau. siap sidai lagi..)

2. Walaupun duduk di rumah, tidaklah sepanjang masa membelai anak, sebab lappy/ tugasan pun perlu di hadap juga. (Tapi alhamdulillah, tangan ini dapat menyuap Maryam Nabihah dan menggosok kulitnya ketika dia mengadu gatal..)

3. Kerana duduk di rumah, tidaklah dapat kosentrasi dengan tugasan, telalu banyak selingannya.. (Tapi alhamdulilah, ibu dapat siapkan satu laporan mingguan, satu kertas kerja dan menyemak serta membetulkan satu keras kerja pegawai yang lain..)

4. Bil telefon melambung! Err, ibu pakai prepaid le.. Mana tidaknya perlu berhubung selalu dengan pejabat. (Tapi alhamdulillah, harini assistant ibu yang call dari pejabat 15 minit sekali, jimat kos ibu nak call dia..)

Cabaran tambahan!!

5. Dapat panggilan mengatakan makcik driver bas sekolah Nabhan masuk hospital, panggilan jam 12.44 tengahari sedangkan Nabhan keluar jam 12.40 tengahari. Call ayah, tak dapattttt. Huwaaa.. gundah betul masatu. Terus call pemilik Taska (Cikgu Ram) minta tolong ambil. Dapat pulak panggilan dari Cikgu Ram, Cikgu ram sampai depas sekolah, Nabhan dah naik bas lain. Huwaaa.. macam-macam betul! (Alhamdulillah, ketika n3 ini ditulis sudah dipastikan Nabhan selamat.)

Banyak lagi cabaran sebenarnya tapi dah tak larat nak menaip dah. Nak cari apa yang ada di dapur. Laparrrr la pulak. Hehe..

Jumpa lagi..

6 comments:

  1. takpe kak..akak berkerjaya hebat!

    ReplyDelete
  2. semua menuntut pemgorbanan..Take a deep breath & u will calm down for a while atleast.

    p/s: ada masanya kita seakan-akan tersepit dgn keadaan. Be strong fren :-)

    ReplyDelete
  3. Izan: mana ada hebat, biasa2 aje le..

    ReplyDelete
  4. LL: betulla tu, dimana saja atau apa saja keadaan mesti ada cabarannya.. terima kasih atas komen yg memberi semangat.. :-)

    ReplyDelete
  5. BSB: err, skema je ayat komen? apa yg hebatnya? huhuhu..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...