Follower

Tuesday, May 17, 2011

Kaki Lembu Tumis Sempoi..

Assalamualaikum wbt..

Hari ini cuti umum. Ibu sekeluarga tak ke mana-mana. Lagipun malam tadi ibu habis kerja jam 12.10 pagi, sampai di rumah hampir jam 1.00 pagi. Maka hari ini sedikit lemau dek letihnya semalam bertugas dari pagi selama 17 jam.

Pagi tadi ibu tak masak. Lepas subuh ibu zzzzz lagi. Bangun-bangun ayah dah bungkus roti canai telur. Terima kasih suami ku..

Makanya, tengahari takkanlah nak makan bungkus lagi kan? Buka-buka peti sejuk, alahai ada daging dan kaki lembu sahaja. Telur pun tinggal sebiji. Biasanya ayah akan ke pasar dah penuhkan peti sejuk setiap hari Isnin. Tapi semalam petang ibu tak balik, ayah sebuk urus anak-anak, maka tugasan rutin hari Isnin tak dapat dilakukan.

Hmm.. dalam keadaan yang lemau ibu tak dapat nak fikir nak masak apa. Akhirnya, buat keputusan nak masak yang senang je, daging masak pindang dan tumis je kaki lembu tu. Cari-cari dalam peti sejuk tak jumpa cili padi, jumpa cili besar je. Hmm.. guna jelah apa yang ada.

Ibu tak tepek le gambar daging masak pindang, sebab baru-baruni ada syer resepi Ikan Tenggiri Masak Pindang kan?

Baiklah, inilah dia kaki lembu tumis tu..

v

v

v

v


Ops, silap! Hehe.. gambarni hasil carian di google..


Hehehe.. inilah dia. Bukanlah seketul kaki tu masuk periuk ye kawan-kawan.

Mula-mula kaki tu dibakar, kemudian dikikis bulu-bulunya yang dah hangit tu. Kemudian kulit dan sedikit isi dilapah (ye ke perkataan lapah tu) dari kulitnya dan dipotong-potong. Rebus dulu, kemudian masakle mengiut sesuka hati.. :-0

Kalini memang takde resepi, sempoi sangat-sangat. Tumis bawang merah, putih, cili dan garam secukup rasa. Itu sahaja.

Ps: Sebelum-sebelum ni ibu ada cerita tentang masak lidah lembu tau! Klik je label masak-masak tu.. err, ke label makan-makan. Hmm, ibu pun dah lupa.

Jumpa lagi!

5 comments:

  1. hehe terkejut tgk gambo kaki lembu yg pertama tu ekekeke....

    terkejut beruk deqlis klu makan haqq tue..

    huhu deqlis mmg tak reti makan kaki lembu, lidah lembu bagai nie...sebbnya daging lembu pun mmg deqlis tak makan...

    http://ellismelia@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Deqlis: saje je akak letak pic yg mula2 tu bg gempaq.. hehe.. rasanya biasa2 je, tp akak suka.. :-)

    ReplyDelete
  3. kaki lembu yg mule2 tu tak tahan gelak..tapi pic yg no 2 tu walaupun simple tapinampak sedap.. ;)

    ReplyDelete
  4. Ummu Muhammad: sedap dan menambah lemak di badan.. hehe..

    ReplyDelete
  5. perghhh..ingatkan yang kaki besaq tu dah..heheh..

    nak jemput akak join my ga coz akak ada kelebihan..

    Jom join :Nak menang souvenir dari Swiss? Meh join MBS Giveaway

    Belog kami :Notre Belle Histoire

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...