Assalamualaikum wbt..
Ketika n3 ini ditaip, ibu berada di dalam keadaan tidak sihat, batuk, selsema.. Namun apa yang betul-betul membuat ibu sayu adalah apa yang terjadi pada anakanda Maryam Nabihah.. Maryam Nabihah kena chicken pox. Sedih sangat ibu bila lihat seluruh tubuhnya yang dipenuhi gelembung-gelembung.. Bahagian dahi dan kepala sangat banyak munculnya. Ibu yang melihat pun terasa tidak selesa, apatah lagi yang merasainya.
Alhamdulillah, setakat ini Maryam Nabihah kuat menghadapinya.. Tak merengek pun. Cuma kadang-kadang dia mengadu gatal dan pedih.. harap-harap ini berterusan sehingga dia sembuh.
Permata hati ibu. Gambarni di ambil minggu lepas. Makan-makan di Pizza Hut Sentul. Ayah belanja Cik De dan Cik Ngoh, kami tumpang sekaki..
Ps: Ada apa-apa petua boleh dikongsi?
moga kak zefa & maryam nabihah cepat sembuh..
ReplyDeleteibu zefa jgn sedeh2..maryam mujahidah kuat sehebat namanya! ;)
ReplyDeletep/s: takde petualah kak..tak reti jugak ;D
Terima kasih Nadia..
ReplyDeleteTerima kasih ummu Muhammad.. :-)
ReplyDelete