Follower

Sunday, May 29, 2011

Oo Zum!! Ibu Atau Ayah?

Assalamualaikum wbt..

Ape cer oo zum tu? Err.. betul ke ejaannye tu? Ala yang keluarkan tangan tengok sapa yang kena tu.. hehe..

Alkisahnya, timbul satu lagi masalah! Taska masih tutup.. besok dua-dua (ibu dan ayah) tak boleh cuti! Ayah ada mesyuarat! Ibu ada laporan yang masih belum selesai! Macammana ni?

Ibu cakap dengan ayah, susah-susah kita oo zum je.. hehe.. Ayah geleng kepala. Jawabnya, insyaAllah ada cara lain yang lebih bijak. Hmm.. Ayah cakap je.. Tapi tak ada apa-apa cadangan pun!

Akhirnya, ibu juga yang mengeluarkan mentol di atas kepala. Apakah cadangan ibu? Apakah kesudahannya? Hehe.. kita tunggu besok, adakah cadangan ibu itu diterima En Ayah atau pun tidak..

Bersambung.. Hehehehe..


Sekadar gambar hiasan.. gambar ni diambil tadi. Kami jalan-jalan di Sunway Piramid. Yusuf masih belum baik sepenuhnya, tapi kami bawa juga berjalan-jalan.. Meraikan tetamu yang datang dari jauh.. keluarga ayah seramai 7 orang berkampung di 'Baiti Jannati' sejak Jumaat lepas..

Ps: Agak-agak, apa kesudahan besok ye?

8 comments:

  1. Pjah: pic tu sesi jln2 je.. ptg baru hantar irah.. :-)

    ReplyDelete
  2. Bawa anak gi pejabat?.ibu bawa adik, ayah bawa abang?..hahahaha

    ReplyDelete
  3. huhu kak zefa baru sempat singgahhhh...selamat bercutiii ye kak..ade jodoh jumpe akak kat mane2 heheh.. ;D

    ReplyDelete
  4. Susahkan kalau masing2 ada hal yg tak boleh dielakkan. Alangkah beruntungnya andai dapat majikan yang sangat memahami. Dulu teringat masa anak sakit, minta cuti rehat khas (CRK) pada pengetua, tapi pengetua tak luluskan sebab dia kata suruh suami yg ambil cuti... menangis Nida masa tu...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...