Assalamualaikum wbt..
Ini puteri ibu Maryam Nabihah.. Baru je sembuh dari chicken pox. (Ketika n3 ini ditulis, abangnya Yusuf Nabhan pula kena chicken pox).
Sejak baik dari tidak sihat, dia ada satu penyakit baru pula. Penyakit tak nak ke sekolah. Lagi satu, kemanjaan dengan ibu pun meningkat berkali-kali ganda. Kalau boleh 24 jam nak melekat dengan ibu.
Mingguni taska tutup sebab pengasuh pun kena chicken pox. Jadi Maryam duduk rumah dengan ayah. En. Ayah bab pujuk memujuk memang gagal (sebabtu kalau ibu merajuk pun, ibu pujuk diri sendiri.. hehe..).
Oleh kerana En Ayah gagal memujuk si anak untuk ke sekolah, maka terpaksalah ibu berulang alik dari Klang ke Shah Alam setiap hari semata-mata nak pujuk kekasih pojaan hati untuk ke sekolah.
Biasanya, dekat-dekat pukul 1.00 ibu akan pecut balik rumah, mandikan, siapkan dia dan hantar ke sekolah. Bulan ni bayar saje-saje ke van Genius Aulad tu.. sempat naik beberapa kali je.
Hahaha.. comot. Balik sekolah mesti dapat apa-apa punyalah. Upah pergi sekolah..
Oh ya, pada yang belum tahu.. Maryam Nabihah ni sekolah sesi petang. Kelas bermula jam 1.30 petang.
Tapi, harini masalah tu dah selesai. Ibu pun dah tak perlu berulang dari tempat kerja untuk hantar dia ke sekolah.
Sebab sekarang dah cuti sekolah..
Hehehehe..
Alhamdulillah!
Salam akak..lama izan tak dtg rumah kwn2..sibuk sket huhu.
ReplyDeleteingat anak akak dah kembali nak sekolah rupa2nya cuti yer..hehe.takpe kak,lama2 insyaAllah ok.budak2 ni ragamnya tak terikut kdg2 tp izan percaya,akak lg pandai bab2 mcm nie =D
slmt berhujung minggu kak!~
Wsalam izan, nak akak ni terlebey manja. Sblm ni okey je.. pas cuti lama melekat dgn ibu, susah pulak nak berenggang.. :-)
ReplyDeletelaaa... suspen juga cerita ni.. ingatkan bagaimana penyelesaiannya.. rupanya cuti sekolah yg menyelamatkan..hehe
ReplyDelete