Follower

Wednesday, July 27, 2011

Bronkitis... | Ambil Gas... | Hampir Rebah...

Assalamualaikum wbt..

Salam sayang buat teman-teman yang sudi singgah di Jemari Asmara.. buat silent readers blog ini sudu-sudilah tinggalkan jejak agar dapat kita menjalinkan ukhwah.. :D

Ini adalah sambungan dari n3 pagi Selasa.. Ibu diserang batuk teruk, paling kemuncak setelah 2 minggu batuk tak baik-baik.

Semalam juga ibu ke klinik.. Doktor kata ibu mengidap bronkitis. Buat kawan-kawan yang nak tahu lebih lanjut tentang bronkitis boleh klik:

Bronkitis


Hmm.. memang ibu ada rasa sesak nafas dan sakit dada pun sebelum ni. Tapi tak tahu sakit apa, yang ibu tahu, ibu batuk. Itu je..

Doktor suruh ibu ambik gas. Ibu ikutkan je.. Itulah kali pertama ibu guna gas ni di klinik. Masa bersalin dulu adalah.. (err, gas yang sama ke? Ibu kurang arif tentang benda-benda ni... :-()

Nak dijadikan cerita, ibu ke klinik tanpa ayah. Bawa pula si Maryam Nabihah.. Sebelum ke klinik ibu memang bercadang nak ke Ayamas pula. Teringin.. (teringin je ye kawan-kawan, bukan mengidam..)

Selepas selesai ambil gas dan keluar dari klinik, ibu dah rasa lain macam. Ala-ala nak pitam dah.. tapi dek teringin punya pasal, heret juga Maryam Nabihah ke Ayamas. Ibu nak bungkus je.. Sepanjang di kedai ibu memang berpaut pada kaunter. Sampai adik di kaunter tu tanya; "Akak tak apa-apa ke?"

Selesai membeli, ibu jalan slow-slow pimpin Maryam Nabihah ke kereta. Jauh dalam 100 meter jugalah sebab ibu parking depan klinik.. Tup,tup, kena sound dengan itu anak dara. "Ibu ni janganla lembik-lembik, ibu kena semangat!!" Huhuhu.. ibu sakitla dik. Bukan saje ngada-ngada macam adik.. :-(

Pendekkan cerita, sampai rumah.. ibu dah tergolek. Call ayah suruh balik..

Alhamdulillah, malamnya ibu dah okey dah. Dah boleh jengah blog dan taip n3 autopublish untuk hari Rabu.. hehe.. (tapi batuk dasyat masih terus bergema di Baiti Jannati)

Ps: Terima kasih buat teman-teman yang doakan kesejahteraan ibu. Hanya Allah swt yang akan membalas jasa baik kalian. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita terus berkembang dan mewangi.. di bawah redha Ilahi. Amin!!

4 comments:

  1. Salam kak, teruk ke bronkitis tu? Hrp akk cpt sembuh..syida pn penah batuk lama tp xpegi klinik pn, huhu...

    ReplyDelete
  2. Semoga cepat sembuh...Mmng seksa kalau batuk.....

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh.Jgn lupa makan ubat kkk..jgn makan yg pedas2, sejuk dan berminyak.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik cepat ke klinik... bahaya tu. Terutama dengan keadaan udara yang tercemar.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...