Assalamualaikum wbt..
Pernah tengok kereta Ferrari Dato' Siti Norhaliza tak? Ibu tak minat dunia hiburan ni.. jadi tidaklah mengambil tahu sangat tentang dirinya.
Hinggalah semalam semasa sesi taklimat di Northport, En Taufik ada sebut tentang kereta Ferrari Dato' Siti yang di bawa masuk melalui Pelabuhan Klang.
Maka, ibu saja-saja menggogle dan inilah hasilnya..
v
v
v
v
Wah! Merah gitu.. :D
Semasa ronda-ronda Northport semalam ada juga ibu snap beberapa gambar kereta-kereta yang diimport.. jom layan!
Gambar diambil dari dalam bas.. lupa pula nak off flash.. :-(
Kereta Toyota.. ibu lupa berapa jumlahnya, tapi sebanyak-banyak kereta tu dibawa dalam satu kapal.. Comot yang teramat sangat, tapi bila masuk show room cun sudah!!
Kereta-kereta mewah.. ishk, kacau daun betul la pokok tu.. (hehe.. pokok lak disalahkan ye?)
Juga kereta-kereta mewah.. pakcik pemandu bas yang bawa kami kata, dah berbulan kereta-kereta tu tersadai bawah pokok.. semuatu kereta-kereta yang ada masalah.. di antaranya masalah berkaitan dengan AP..
Haaaa.. yang ni bukan kereta. Apa namanya ibupun dah lupa, yang ibu ingat harga 4 tayarnya tu sama dengan harga sebiji MyVi.. Hehehe.. :D
Sekian catatan ibu. Sebenarnya nak sambung n3 pagi tadi je. Tak pasal-pasal masuk nama Siti Nurhaliza pula..
Ps: Kawan-kawan minat dia ke?
dulu minat sangat,tapi sejak dia kawin hilang mood nak minat......
ReplyDeletewahhh..kalau dah ada duit,semua benda dia beli kan kak..huhu..rezeki dia...
ReplyDelete