Follower

Friday, July 1, 2011

Let's Experiment..

Assalamualaikum wbt..

Bersiaran di pagi Jumaat nan indah.. akhirnya dapat juga ibu meng'update' blog kecil kesayangan ibu ini. Dari semalam tak boleh buat n3, tapi alhamdulillah boleh sign in juga. Beberapa sahabat blogger ibu baca status mereka di FB ada yang tak boleh sign langsung.

Harini ibu nak sambung n3 tentang lawatan kami ke Pusat Sains Negara. Kalini tentang pengalaman kami menyertai sudut 'Let's Experiment'.. Kita layan picas la ye, sambil ibu cerita sikit-sikit..


 Sudut 'Let's Experiment' di buka mengikut waktu yang tertera.. 


 Maryam, ayah, Yusuf dan Ucu..


 Ucu sedang berusaha menghasilkan bunyi gema dengan menggosokkan air di bibir gelas.. SubhanAllah! memang terhasil bunty gema itu dan sangat menakjubkan..


 Salah satu aktiviti yang ada.. pisahkan besi bentuk hati tu dari.. apanya ha? Tak tahu pula istilah yang sesuai.. hehe..


 Suka tengok Maryam Nabihah dalam pic ni.. dia dengan bersungguh-sungguh nak keluarkan besi bentuk love tu.. hahaha.. comel!!


 Sila susun semua paku-paku di atas satu paku yang tertegak itu.. boleh ke?


Boleh! Inilah jadinya.. ibu yang buat tapi adik petugas di PSN ni yang tunjukkan.. hehe.. ibu tak rajin nak pikir.. tak mau perah-perah otak sangat sebab datang nak suka-suka..

Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang ada di sudutni. Akan ada seorang petugas yang akan melayan dan memberi penerangan kepada kita.

Banyak lagi picas tapi ibu tak berapa rajin nak resize.. kalau tak resize aduhai berjam nak upload..

Ps: kawan-kawan rseize picas guna apa? Ibu guna Irfan View..  tu pun Izan yang tolong ajarkan Thanks Izan.. :-)

Jumpa lagi!!

5 comments:

  1. seronoknya aktiviti macam ni.dapat keluarkan kan besi bentuk hati tu?

    ReplyDelete
  2. sy pun suka bawa aiman ke sana...mcm2 boleh dixplore

    ReplyDelete
  3. Puan nina: dapat.. tp dgn bantuan.. hehe..

    wardah: memang best tau.. :-0

    Noor: jom pergi lagi!! :-)

    ReplyDelete
  4. Barulah dunia Sains tu hidup kalau ada aktiviti begini.

    Dulu masa bawa anak-anak ke sini, mereka muka macam bosan jer.. bila ada aktiviti begini barulah pengunjung terutama anak-anak akan berasa enjoy.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...