Assalamualaikum wbt..
Semalam, 02 Julai 2011 telah berlangsung acara 1 Murid 1Sukan 1 Malaysia yang dilaksanakan serentak di semua sekolah. Putera kesayangan ibu ikut serta walaupun tidak diwajibkan. Pelajar tahun 3,2,1 dan pra sekolah digalakkan turut serta.
Ibu minta maaf sangat-sangat, semalam ibu tak dapat bersama-sama abang dalam program tu. Ibu kena kerja sayang.. Semalam ayah ada snap bebarapa keping gambar, dapatlah ibu merasa seperti turut serta juga.
Ibu kongsikan gambar-gambar kenangan di sini ya..
Berkumpul mengikut kelas.. nampaknya tak berapa ramai rakan-rakan sekelas anakanda yang turut serta.. ibu bangga Muhammad Yusuf Nabhan kesayangan ibu semangat turut serta aktiviti sekolah walaupun tak diwajibkan.. :-0
Ibu teka ni sesi taklimat..
Larian bermula.. ibu cam sangat jalan ni, depan sekolah je.. lambat juga mula, walhal 6.45 pelajar-pelajar dah diminta berkumpul di sekolah..
Go Nabhan go!!
Wah!! Sampai sekolah agama.. jauh juga tu.. Yusuf boleh!!
Muhammad Yusuf Nabhan mewakili kelas 1 Bijaksana mengambil sijil penyertaan..
Ayah kata larian semalam dalam lingkungan 1.5 km. Ayah pun turut serta, tapi tak lari sangatlah sebab ikut rentak larian anakanda.. tu yang boleh snap picas. Kalau tak, tak adalah kenangan buat ibu. Dah la ibu tak dapat ikut serta.. sob! sob! sob!
Apapun, tahniah buat anakanda Muhammad Yusuf Nabhan yang berjaya bersama-sama menjayakan program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia!!
Ibu saaaaaaaaaaayang abang!!
bestnya.. kalau lah boleh d kmblikn msa dlu ...
ReplyDeletex g larian ni..ponteng je..hehe..tido pagi2 best ape
ReplyDeletesonok tengok anak bersukan...
ReplyDeleterasa cam nk masuk jd peserta sekali..hehe
tahniah yusuf nabhan......
ReplyDeleteizzaty: zaman kanak2 seronokkan?.. :-)
ReplyDeleteSifu: tido pagi memang best, tapi bersukan best juga.. :-0
ReplyDeleteeT: ayah Nabhan memang joint sekali, cuma ibunye je tak dapat..
ReplyDeleteTerima kasih aunti Ya.. :-0
ReplyDeletekak zefa jr..due2 ambek rupe ibu tang dagu yg mahal tuhh.. ;D
ReplyDelete