Follower

Tuesday, July 19, 2011

Agar-Agar Roti.. :D

Assalamualaikum wbt..

Malam minggu yang lepas, semasa ibu jalan-jalan blog kawan-kawan, ibu singgah blog Puan Kutu. Puan Kutu buat tayangan tentang agar-agar roti. Masatu dah lewat jugalah, tapi belum jam 12 tengah malam lagi.

Tiba-tiba nafsu nak buat agar-agar roti memuncak.. kihkihkih.. ayat tak senonoh tul.. :D. Masatu juga ibu terus ke dapur tengok apa bahan-bahan yang ada. Alaaaaaaaaa.. bahan-bahan tak cukup! :-(

Tapi semangat nak mengagar-agar tak luntur. Ibu kodek juga apa yang ada. Dan akhirnya...

v

v

v

v


Agar-agar Roti Jemari Asmara..


Jadi juga agar-agar roti ibu walaupun tak berapa cantik.. dipengaruhi juga bahan-bahan yang tak cukup dan keadaan mata yang dah mengantuk.. hehe..


Resepi asal dari SINI. Ibu kongsikan dengan kawan-kawan ye.. berserta dengan kedurhakaannya sekali.. :D

Resepi Agar-Agar Roti

Bahan-bahan ( loyang saiz 22 cm ) (ibu buat dapat 1 bekas di atas dan 12 bekas kecil)

  • 1 peket agar - agar bertali - 20 gram
  • 6 cawan air (ibu guna 1 litre air)
  • 200 gm gula pasir (ibu guna 2/3 cawan gula)
  • 1 tin susu cair (Ibu guna 750 ml air yang dibancuh dengan susu pekat manis secukup rasa)
  • 6 keping roti
  • 1 biji telur (ibu tak masukkan pun - telur ilek..)
  • 3 jenis pewarna (ibu guna milo dan coklat emelco)
  • 1 sudu teh esen vanila (pun tak masuk sebab dah habis)

Cara-cara

  1. Roti dicarik2 dan disatukan dengan susu cair dan telur , apabila roti kembang, blender hingga halus. (ibu tak blender pun..)
  2. Agar - agar direndam sekejap kemudian toskan, satukan agar - agar dengan 6 cawan air dan masak hingga agar - agar hancur dan tapis. Masukkan semula kedalam periuk.
  3. Masukkan gula ikut manis sendiri, apabila gula sebati masukkan bahan - bahan yang diblender tadi. Kacau sekejap dengan api perlahan hingga mendidih sikit dan terus tutup api.
  4. Bahagikan ke-3 bahagian dengan tiap2 bahagian dibahagi sama banyak dan masukkan warna tiap2 bahagian tu dan kacau rata. (yang satu bahagian tu ibu biar putih susu je)
  5. Tuang 1 warna ditengah loyang hingga habis ( sekali tuang habis 1 warna ) dan diikuti dengan warna lain juga ditengah loyang, tak payah tunggu keras. (ibu sengaja kacau sikit-sikit supaya coklat emelco tak berada di tepi bekas sahaja, sebab bila menggunakan coklat ianya bukan melibatkan warna sahaja tapi rasanya sekali)

Senang je kan? Selamat mencuba juga!


10 comments:

  1. sedap ni boleh la kak ina cuba nanti..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap sgt tuh kak zefa..senang kalau ikut care akak..malas dgn tak je..

    huhu suke word 'kedurhakaan' itu hehehe..

    ReplyDelete
  3. Farah: alhamdulillah sedap.. (ikut tekak akak le.. hehe)

    ReplyDelete
  4. Kak ina: cuba jgn tak cuba.. cuma sukatan gula sy tu utk kurang manis ye kak.. :D

    ReplyDelete
  5. Ummu Muhammad: jgn suka2.. hehe, nanti cik anon dtg tegurrr.. :D

    ReplyDelete
  6. terliur nak mkn ni :) sedap 3x hihi

    ReplyDelete
  7. mcm mudah buatnye kak :) nnti huda nk try la :) agar2 bnyk dlm kabinet dapur tu :)

    ReplyDelete
  8. sedapkan agar2 roti nie.nk buat pun senang.kemarin sy buat utk kali kedua.masih berbaki dlm peti ais.hehe...

    ReplyDelete
  9. smlm bru buat agr2,.hehe,.tp yg ni cm best je,.nk try la nnti,.hehe,.kbetulan nk puase dh,.ermm elok sgt la ni,.ehhe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...