Assalamualaikum wbt..
Sahabat-sahabat yang dikasihi..
N3 ini adalah peringatan untuk ibu sendiri dan juga mungkin sesuatu yang boleh dijadikan renungan buat sahabat-sahabat semua..
Beberapa hari yang lalu seorang staf di pejabat ibu menemui ibu dan 'meluah perasaan'. Isunya adalah seperti tajuk di atas.
Diringkaskan cerita.. katanya, dia bertanyakan satu soalan kepada seorang pegawai. Soalan itu ada kaitan dengan arahan yang pernah diberikan oleh pegawai tersebut ke kepadanya..
Dan katanya.. dia sangat kecewa kerana jawapan pegawai itu adalah "Entah! Saya Tak tahu!" Jawapan yang baginya tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pegawai.. panjang lebar lagi rasa tidakpuasnya tapi biarlah ini sahaja yang ibu kongsikan..
Apa respon ibu?
Apa yang pasti ibu tidak cuba untuk mengeruhkan lagi keadaan.. ibu berikan kepadanya jawapan (mengikut pengetahuan ibu) walaupun arahan itu bukan ibu yang keluarkan..
Kesannya kepada ibu?
Ibu muhasabah diri dan beristighfar.. entah berapa kalilah agaknya ibu juga memberikan jawapan "Entah! Saya tak tahu" kepada pembantu-pembantu ibu..
Maka timbul satu azam, ibu akan berusaha untuk tidak memberi jawapan "Entah! saya tak tahu"..
Ibu kira jawapan yang paling sesuai jka kita memang tidak tahu jawapannya adalah "InsyaAllah saya akan cari jawapannya"..
entah , tak tahu memang tak boleh guna pakai kat opis kite nanti bos akan tanya, kenapa awak tak tahu?? teruss tak boleh jawab, jawapan kami biasanya, saya tak pasti lagi, nanti saya tolong u check. begituu..
ReplyDeletemymyza: oo.. ni kes bos yg tanya ye..
ReplyDeleteye kak, kalau custemer tanya pun kite bagi jawapan sama juga.. hikhik
ReplyDeletemungkin boleh cakap mintak maaf, saya terlupe, pastu sambung ayat insyaallah saya akan cari jawapannya..hehe
ReplyDeletehaa betul tu.kalau tauke/customer tny tp kita tak tau/tak pasti,memang kite terus g tanye kat diorang yang lebih arif kan..hehe
ReplyDelete