Assalamualaikum wbt..
Ini adalah diari perkembangan Maryam Nabihah dalam mengenal perkataan-perkataan mudah Bahasa Inggeris. Nanti bila adik dah besar, adik akan tahu cerita dan perkembangan adik masa kecil.. :-)
N3 ini adalah kesinambungan dari n3 Maryam Nabihah: Reading With Starter Words - Level 1 yang ibu publish 20 April yang lepas. Masatu baru level 1. Alhamdulillah, ketika n3 ini ditulis adik dah masuk level 4 ketika berumur 3 tahun 10 bulan 20 hari.
Masa ibu ke genius Aulad sempena Term 1 Report Card Day baru-baru ni, ibu terbaca pencapaian 2 orang pelajar 4 tahun yang dah masuk level 7. Dalam hati ibu, wow!!
Bukan berniat nak bandingkan anak sendiri dengan anak orang lain, tetapi sedikit teruja dengan pencapaian 2 orang budak itu.. maka ibu sengaja merisik pada teacher.
Apa jawapan teacher..? Lebih kurang macamni jawabnya..
"Puan, jangan bandingkan pencapaian anak kita dengan budak lain. Setiap anak ada kelebihan masing-masing.. 2 orang yang dah sampai level 7 tu adalah 'gifted'.. mereka memang bijak dan sudah ada asas membaca ketika masuk ke GA"..
Alamak teacher! Jangan salah faham, ibu tak ada niat nak banding-banding. Pencapaian Maryam Nabihah setakat ini sudah cukup buat perut ibu yang mengandungkannya terasa sejuk.
Ibu sangat-sangat bersyukur.. Ibu doakan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat. Amin!!
Alhamdulillah...tahniah adik Maryam Nabihah :)
ReplyDelete* ummi dulu pun pandai baca dan mengaji masa umur 4 tahun...
* sekarang tengah ajar auni pula...dia mmg suka dan BANYAK bertanya...
Terima kasih ummu auni.. ibu dulu 6 tahun baru pandai baca, syukur anak2 dapat mengatasi ibu.. :-)
ReplyDelete