Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, masa untuk ibu berehat sambil mengadap lappy kesayangan ibu. Petang tadi ibu balik lambat meyiapkan beberapa tugasan, sampai rumah terus mandi, solat asar, masak, solat maghrib, uruskan anak-anak makan.. dan akhirnya sedang menaip satu n3 baru untuk blog kesayanagan ibu.
Namun dihati terisi rasa kasihan pada sesorang. Bos ibu sekarang ini masih di Bukit Raja dan tak lepas lagi tol NKVE tu. Sedangkan dia meninggalkan pejabat sebelum jam 6.00 petang lagi. Subhanallah!! Betapa letihnya dia dengan kereta manualnya. Jika ibu di tempatnya sudah pasti air mata ibu sudah bercucuran. Letih dan geram!!
Ibu kira, sahabat-sahabat tahu apa puncanya. Ibu tak mahu komen lebih-lebih di sini, tapi yang pasti rakyat juga kembali menjadi mangsa.. Bayangkan, di dalam ratusan kereta yang terperangkap, sudah pasti ramai ibu-ibu yang mana sedang ditunggu anak-anak kecil mereka. Termasuklan bos ibu tu!!
Semalam, ibu juga menerima tempias tersekat perjalanan pergi dan balik kerja. Semalam pagi, ibu lewat 3 minit (setelah pecut 140 km sejam bila melepasi zon sesak).. tapi tak sempat juga mengejar angka 8. Petang, sesak lagi.. hmm.
Pagi tadi ibu mengambil keputusan mengubah hala, al hamdulillah laluan tidak sesak. Petang juga ibu mengubah hala, al hamdlillah dipermudah perjalanan. Cuma sesak sebelum trafic light Ole-Ole Seksyen 18. Ibu lalu lauan short cut melalui stesn minyak Esso, lalu Mydin, PPP shah alam.. dan sampai ke rumah dengan lancar. Alhamdulillah!!
Mudah-mudahan bos ibu sampai ke rumah dengan selamat..
kak zefa, rumah akak dekat s.alam ye? seksyen berapa? rumah family saya dekat Taman Desa Kemuning, sebelah Tmn Sri Muda....
ReplyDeleteAah akak kat shah alam, tak jauh dr Tmn Sri Muda tu.. :-)
ReplyDelete