Follower

Sunday, July 3, 2011

Kembar Siam Terpisah: Maryam Nabihah @ Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia..

Assalamualaikum wbt..

Aik, bukan Maryam Nabihah tu baru 4 tahun? Budak tadika pun ada Larian 1 Murid juga ke? Ke Genius Aulad ada buat larian?

hahaha.. tak adalah!

Al kisahnya, pagi semalam semua orang bangun awal. Ibu sebab nak pergi kerja, abang dan ayah sebab ada program larian.. jadi bila dah semua orang bangun awal, si kecik tu pun bangun awal juga lah!

Makanya, perancangan untuk meninggalkan dia dengan Ucu tidaklah menjadi. Harus dia bakal meraung.. (lain cerita kalau ditinggal daam keadaan dia belum bangun).

Ibu pun tanya dia, "Adik nak ikut ibu ke ikut ayah? Ibu nak kerja, ayah nak pergi bersukan dengan abang". Jawapannya sedikit mengejutkan, "Adik nak ikut ayah".

Kenapa ibu terkejut, sebab Maryam Nabihah ni kembar siam ibu. Jarang dia nak melepaskan ibu ke mana-mana dengan mudah. Hehe.. tapi dah dia yang bagi jawapan begitu, layan ajelah!


 Anak-anak ayah.. masani hari gelap lagi, baru 7.02 minit pagi.. seawal 6.45 pagi anak-anak ibu dah ada kat sekolah..


 Ucu yang setia melayan kerenah adik..


 Pose disebalik grill.. :-)


 Gaya manja gitu..


Haaa.. masani tudung pun dah senget. hehe.. masani kata Ucu dia komplen kasut dia dah kotor..

Disebuah kampung nun dihujung Lembah Kelang, ibu yang sedang berceramah berhenti sekejap bila nada deringan terima pesanan dari telefon ibu berbunyi, sebab risau kut ada apa-apa tentang anak. Rupanya Ucu yang hantar sms maklumkan Maryam Nabihah dah tidur..

Thanks ayah dan Ucu yang membantu mengurus anak-anak semalam, sepanjang ketiadaan ibu kerana menjalankan tugas..

Ibu saaaaaaaayang kalian!!

4 comments:

  1. maryam nabihah sudah memahami tugas si ibu......

    ReplyDelete
  2. kalau x, farah pn ada kat sana tau.. sebab dapat jemputan untuk pameran.. tapi apakan daya, terlalu banyak sangat program luar, sampaikan tak dapat nak memenuhi jemputan dari pihak jabatan pelajaran ni..:(

    ReplyDelete
  3. seronok la die..
    nak pergi berlari sekali..

    ReplyDelete
  4. Ya: mudah2han.. stress tau, bila ibu kerja sabtu ahad tau mlm, mesti dia meraung.. hari kerja biasa je dia tak heran..

    farah: farah kerja jabatan mana ye?

    Wanie: maryam ni suka taman permainan.. abag dia lari, dia layan buaian la pulak.. :-)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...