Follower

Saturday, August 20, 2011

Risau @ Kedai Bahan Kek..

Assalamualaikum wbt..

Hari ahad yang lepas, ibu ke kedai bahan-bahan membuat kek. Bukanlah ibu nak membeli bahan-bahan buat kek pun, tetapi mencarai bekas yang boleh guna dalam mikrowave.

Alang-alang dah ke situ, ibu ronda-ronda dan mengintai apa bahan-bahan yang ada. Mengikut pemerhatian ibu, sebahagiannya tiada bertanda halal. Tapi, subhanallah, masyaAllah, astaghfirullah, orang-orang kita memborong tanpa mengambil kira semua itu.. dan ibu sebagai seorang pengguna, sangat-sangat risau dengan keadaan ini.

Mungkin salah satu cara menangani kerisauan ini adalah dengan buat kuih atau kek sendiri. Namun untuk mengawal pemakanan anak-anak ketika di sekolah atau ketika bertamu di rumah orang adalah sukar!! Ya Allah, peliharalah kami..

Ibu sangat menekankan mesti ada tanda halal sebelum membeli sesuatu. Ibu pernah berperang dengan Maryam Nabihah di sebuah kedai gara-gara dia meminta sekotak coklat yang tiada tanda halal!!

Ps: Ibu copykan di sini petikan akhbar tentang mentega Goldern Churn yang dikatakan tidak halal. Tu ada tanda halal tu.. (tapi bukan JAKIM la..)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

  
JAKIM Sahkan Mentega Goldern Churn Tidak Halal..

Sumber: Malaysia Kini


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

 

@@@@@@@@@

Pss: Ngeri..

6 comments:

  1. Thanks for info,
    psst:-Baru perasan background JEMARIASMARA berwarna putih!!

    ReplyDelete
  2. samelah kak..kami jadi tak membeli belah kueh raye..kerepek2 je kot heh

    ReplyDelete
  3. MB: Haah dah putih, saje je.. 'bertukar!!'.. hehe..

    UM: tulah, kami pun lebih kpd kerepek2 je.. :D

    ReplyDelete
  4. Pn Kutu: tp akak ni tak sempat nak buat sendiri, tunjuk2 juga tp lebih kpd yg tradisonal..

    ReplyDelete
  5. Salam puan,

    saya pun baru lepas pegi satu kedai kek yang famous. beli barang tapi tu la rasa x best sbb x de tanda halal. kita pun x tau apa bahan digunakan. dr nak borong jadi beli apa yg sgt2 diperlukan aja. puan ada tau ke mana kedai2 bahan kek yg muslim yang mana barang2nya halal. no harm bantu sesama muslim esp utk barang2 halal yg kita sendiri nak guna

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...