Follower

Wednesday, August 17, 2011

Besday Gal Sakit Mata @ 16 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Allah swt panjangkan umur kita hingga 17 Ramadhan 1432H untuk mengutip nikmat-nikmat Ramadhan yang penuh barokah..

Semalam, 16 Ramadhan 1432H bersamaan 16 Ogos 2011 merupakan ulang tahun kelahiran anakanda solehah ibu, Maryam Nabihah yang ke4. Dengan kuasa yang Maha Esa, semalam juga Maryam Nabihah diberi ujian sakit mata.. sejak Ahad lepas sebenarnya, tetapi keadaan semakin teruk pada Isnin malam Selasa.

Semalam juga ibu ambil cuti (el) demi anakanda tercinta yang tak dapat nak ke sekolah.. ada hikmah sebenarnya. Allah swt memberi peluang pada ibu untuk bersama-sama anugerah Allah ini pada hari kelahirannya.. (walaupun pada malamnya ibu tinggalkan dia juga untuk hadir satu program Jabatan).

Alhamdulillah, ketika Jemari Asmara menerbitkan catatan ini keadaan mata Maryam Nabihah semakin baik..


Walaupun pic ni blurr, tapi ibu suka.. :D


#############

Ps: Harini Selangor cuti umum sempena Nuzul Al Quran.. kawan-kawan buat apa harini?

6 comments:

  1. sanah helwah ya maryam nabihah...semoga diberkati dan dilindungi Allah selalu..ameen.=)

    ReplyDelete
  2. saya bekerja hari ini kak~
    semoga maryam nabilah cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Ummu Muhammad: Syukran jazilan, jazakillah khairan kathira..

    Mawar: Syukran3x.. amin ya rabbal a'lamin..

    Dhiera: Owh, bukan di selangor ye? T kasih.. alhamdulillah, mata maryam dah ok.. :D

    ReplyDelete
  4. lor kesian birthday gurl..hepy besday mariam..:)mariam nie sebaya aiman,cuma aiman besday bln3..

    ReplyDelete
  5. bukan kak.. kerja macam hospital ni memang cuti tak sama macam orang lain

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...