Follower

Tuesday, August 2, 2011

Catatan Suka Duka Jemari Asmara: 26-31 Julai 2011

Assalamualaikum wbt..

Sekadar satu catatan peribadi, setelah beberapa hari jemari ini tidak menari.. Jemari Asmara terbiar sepi..

26 Julai 2011 (Nikmat sakit)

Allah beri ibu 'nikmat' sakit.. Ibu ke klinik, dapat MC..  ada kisahnya di SINI..


Hmm.. maafla. Ibu tengok macam dah 'tak cun' je mesin ni. Tapi dah tak larat nak komplen-komplen, sedut aje lah.. huhu..

 
27 Julai 2011 (Yusuf sakit kaki)

Allah beri pula anakanda Yusuf Nabhan 'nikmat' sakit juga, sakit kaki. Balik dari sekolah agama petangtu, Yusuf dah tak boleh jalan. Mungkin salah urat, sebab dia mengadu sakit di bahagian peha. Sedih sangat tengok dia malam tu..


Muhammad Yusuf Nabhan, anak soleh ibu.. gambar diambil sehari sebelum dia sakit kaki..


28 Julai 2011 (Yusuf Berjaya, Ibu Tewas!!)

Pagi: Ibu bekerja seperti biasa. Yusuf terpaksa cuti sekolah kebangsaan sebab keadaan kakinya yang masih sakit..

Petang: Alhamdulillah, kaki Yusuf semakin baik walaupun masih susah nak jalan. Yusuf dengan semangat yang ada berjaya ke sekolah agama petang tu.. Ibu pula tewas di pejabat, ibu minta izin dari pegawai atasan balik awal. Sampai rumah, ibu terus tidur.. Sakit kepala yang amat sangat dan susah nak bernafas. Batuk dasyat masih terus bergema di Baiti Jannati. Alhamdulilah, keadaan lebih baik selepas bangun dari tidur.

29 Julai 2011 (Berlaga Dada Bergesel Punggung)

Hari ini ibu cuti rehat.. Mula-mula rasa nak rehat-rehat sahaja di rumah, melayan kepala yang masih sakit. Rupa-rupanya ayah cuti juga.. Kami ambil keputusan nak ke SOGO beli baju anak-anak, dengan harapan Ramadhan nanti tidaklah kami perlu keluar membeli belah.

Tiba di SOGO, Subhanallah!! Seramai-ramai umat manusia.. Ramai yang tersangat ramai.. hinggakan terpaksa berlaga dada dan bergesel punggung dengan orang lain. Akhirnya ayah tanpa banyak kata, "Jom balik!!"
Sampai rumah, ibu 'pengsan' lagi. Mungkin sebab sejuk, kami bermotosikal dalam keadaan hujan renyai-renyai..

30 Julai 2011 (Ayah Bawa Kami Ke Melaka!! Yeay!!)
Ayah nyatakan hasrat nak bawa anak-anak bercuti.. Mula-mula ayah kata nak ke Lumut, tapi akhirnya kami ke Melaka. Ikut hati, ibu berat rasa nak pergi. Bukan apa, bila tidak sihat, emosi juga tidak stabil. Takut ibu pula yang spoilkan percutian tu nanti.

Memandangkan ini percutian yang tidak dirancang, tak ada tempah mana-mana hotel pun. Ayah terus terjah Puteri Resort, alhamdulillah ada bilik yang kosong.

Anak-anak dan ayah sakan mandi kolam. Ibu sekadar memerhati, kepala terasa berdenyut-denyut. Demi anak-anak, ibu gagahkan jua..


Lucu.. budak seluar hijau tu asyik follow ayah je.. tak tahu anak siapa.. beberapa kali dia cuba panjat belakang ayah.. bila ayah tanya mana ibu ayah kamu? Dia jawab, "Kat bilik".. Hmmm, baru 7 tahun, berani ibu ayah dia lepaskan begitu sahaja..

Petang selepas mandi kami ke Jusco. Sempat ibu shooping beberapa helai baju anak-anak. Tugas ayah, layan anak-anak.. :D

Malam kami ke Zoo Malam. Anak-anak seronok sangat sepanjang hari.. Ibu pun seronok sangat.

Kenangan di Zoo Malam..

Lepas ke zoo, kami cari makan. Hmm.. masa ni ada peristiwa yang tak seronok. Selepas sejam kami menanti, makanan yang dipesan tak sampai-sampai. Sampai Maryam dah tertidur dipangkuan ibu. Akhirnya, kami angkat kaki. Syukur, sebelum tu Yusuf dan makan burger, Maryam dah makan kentang goreng.

Balik hotel hantar ibu dan anak-anak, ayah keluar semula. Ayah balik semula dengan bungkusan makanan untuk kami berdua. Anak-anak dah tidur lena kepenatan..

Ayah hulur bungkusan hadiah.. ibu sambut sambil tersengeh. Ibu ingat percutianni dah kira hadiah, rupanya ada hadiah lain.. Terima kasih abang!

31 Julai 2011 (Hari Lahir Ibu Yang Ke 33 Tahun!!)

Harini birthday ibu.. kami masih di Melaka. Harini mood ibu tak berapa nak baik. Tak perlulah nak cerita yang tak happy kan.. Apapun, terima kasih buat suami tercinta yang begitu sabar dengan karenah isterinya.. I luv u abang!

Pendek cerita, kami sampai di Shah Alam pada jam 3.00 ++.. Alhamdulillah, sempat kemas-kemas apa yang patut. Berehat-rehat menantikan tibanya Ramadahan 1432H.

*****************

Ps: Tiba-tiba Jemari Asmara letih menari.. sekian dulu buat tatapan diri sendiri dikemudian hari sebagai satu catatan memori.. juga buat teman-teman yang sudi membaca.. Salam sayang buat semua!!


11 comments:

  1. Oooo, ingatkan menghilang ke mana, ibu tak sihat rupanya ye?.. Sekarang dah ok?

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh kak :) Allah uji nak bagi pahala kat kita tu...

    ReplyDelete
  3. manisssssnyeerrr.....bestnyeeerrrrr.....suke entry ni...5 bintang!

    tahniah kepada ayah yg begitu berperanan dalam baiti jannati...ayah hebat, ibu ceria..keluarga sentose..

    p/s: semoga lekas2 sembuh ye ibu zefa..tahu perasaan itu..walaupun gagah berjalan tapi dalaman tu tak baik benar..mudah2an sudah sembuh dgn surprise ayah ;D

    ReplyDelete
  4. setiap apa yang berlaku itu tentu ada hikmahnya kan?semoga akak sekeluarga lebih tabah menghadapinya..

    syafakumullah untuk akak semua..=)

    ReplyDelete
  5. moga cepat baik ya...wah! mcm2x dugaan dan xtvt..

    ReplyDelete
  6. sempat g sogo lagi tueee..BSB tak sanggup ler g sana org ramai sangat.

    ReplyDelete
  7. get well soon dear..kita pun byk entry tertunggak. mcm tak sempat nak berblog lately ni..

    ReplyDelete
  8. MB: huhuhu.. mood sedikit hilang bersama ujian yg diterima.. tp hilang sekejap2 je.. :-)

    ReplyDelete
  9. PS: terima kasih, mudah2han.. sebabtu sakit juga dianggap nikmat.. nikmat yg menarik semula kita alpa supaya lebih hampr dgn Tuhannya..

    ReplyDelete
  10. Ummu Muhammad; Jgn manis2 sgt, nanti kena hurung semut.. hehe.. terima kasih selalu singgah blog Ibu Yusuf dan Maryam.. :-)

    Mawar: Syukran ya ukhtie.. :D

    Deqlis: thanks sis..

    BSB: pegi sesaje je.. blk tgn kosong, tak sanggup nak berhimpit2.. :-(


    LL: Banyak yg tertunggak ni, syni entah rajin ke tak nak menaipnya.. tp sy rindu sama n3 kamoo.. :-)

    ReplyDelete
  11. dah terlewat nakucap hepy besday..hepy belated besday yer.besday saya 2nd august..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...