Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah.. dengan izinNya kita masih berada di alam ini menginjak 10 Ramadhan 1432H.
Semalam, 9 Ramadhan 1432H.. balik dari kerja ibu disambut dengan suara rintihan seorang anak soleh berumur 6 tahun 9 bulan.. Rakaman dialog bermula dengan:
Anak : Ibu, abang dahaga..
Ibu : Sabarlah sayang, sekejap je lagi nak buka. Abangkan anak hebat ibu, mesti boleh tahan..
Anak : Ibu, abang dah dahaga sangat, abang dah tak tahan..
Ayat "abang dah tak tahan' buat jiwa ibu serba tak keruan.. Namun perjuangan mujahid ini tidak boleh ditewaskan hanya dengan dugaan 'dahaga'. Dugaan yang terlalu kecil aduhai anakku..
Ibu peluk anak soleh itu dengan erat.. dan minda ibu terus mencari 'ubat' untuk mujahid ini agar terus bertahan..
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata bersabda Nabi Muhammad SAW:
“Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang yang berpuasa pada hari kiamat. Tidak dapat masuk dari pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya: ”Di manakah orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Subhanallah! Maha Suci Allah! Mungkin tidak begitu mudah untuk anak sekecil 6 tahun 9 bulan ini untuk memahaminya.. namun dengan penceritaan ini akhirnya Allah mudahkan urusan ibu untuk memujuk mujahid ini untuk meneruskan perjuangannya!!
Selesai penceritaan, ibu peluk lagi anak soleh itu.. ibu bawanya ke bilik air untuk mandi dan berwudhuk kerana anak ibu belum solat Asar lagi. Di sana ayah sedang menunggu untuk tugasan seorang ayah..
Alhamdulillah, anak soleh ibu berjaya puasa penuh sehingga azan Maghrib berkumandang. 9 hari penuh barakah untuk anakanda Yusuf Nabhan.. Mabruk alaik..
**************************
Ps: Setengah jam sebelum berbuka, anak soleh ibu 'berbunyi' lagi.. masatu ibu sedang 'bersilat' di dapur, maka ayah ajak main game bola lagi.. huhuhu...

alhamdulillah...bertuahnya ada anak soleh....
ReplyDeletealhamdulillah...berjaya jgk yusuf berpuasa selama 9hari..tahniah yusuf anak yang soleh..
ReplyDeleteAlhamdulillah kak..terasa sejuk perut ibu yang mengandungkan.
ReplyDeleteMoga tumbuh jadi anak yg soleh...insya Allah..
SElamt Berpuasa.kak
syukur....tahniah yer kak......
ReplyDeleteFaez: alhamdulillah, mudah2han berjaya dia di dunia dan akhirat.. amin
ReplyDeleteMawar: T kasih ucapan tahniah.. mudah2han prestasinya dpt dikekalkan..
UAS: amin, amin, amin.. selamat berpuasa juga buat UAS
Ya: alhamdulillah, t kasih ya.. :D