Follower

Tuesday, August 23, 2011

Asmara: Jemari Menari, Air Mata Menitis

Assalamualaikum wbt..

Jam di lappy ibu menunjukkan jam 12:23 pagi, jemari ibu gigih menari melakarkan rasa dan coretan hati diiringi irama mesin basuh yang sedang berputar. Sambil menghidu aroma nasi yang baru selesai ditanak.

Hari ini ibu bertugas hingga lewat malam. Selesai tugasan jam 10.45 malam, bergegas pulang dan tiba di Shah Alam +- jam 11.05 malam. Tiba di rumah, terus mensucikan diri, mengadap Ilahi, menjengah anak-anak yang sudah lena diulit mimpi (mungkin bermimpi seorang ibu yang tak perlu pulang lewat malam.. :-( , mengemas dapur seadanya, masak nasi dan menyumbat pakaian kotor ke dalam mesin yang akan beroperasi sendiri.

Kenapa Asmara? Biarlah nama itu terabadi pada catatan ini. Kerana Asmara itu namaku. Nama yang sebenar-benar dan bukan rekaan semata-mata..

Jemari menari? Mencatat sesuatu di sini bagaikan satu irama mengiringi jemari-jemari mengetuk-mengetuk huruf-huruf di keyboard. Tergedik-gedik jari gemuk ini menaip.. menarilah tu.. hehe..

Air mata menitis? Aduh.. penghujung Ramadhan yang penuh emosi..

1) Bertugas di hari lebaran

Ibu terima arahan bertugas sehari sebelum raya (disaat-saat orang lain dah balik kampung) dan hari raya ke3 (disaat-saat orang lain masih bercuti umum).. sedih!!

2) Emo dengan ayat suami

Sejak dipejabat ibu sudah dilanda kerisauan. Macammana nak maklum pada sang suami yang sudah beria-ia mahu pulang ke Terengganu pada raya ke2, sedangkan sang isteri perlu bertugas di raya ke3.

Pulang ke rumah, cubaan menyusun ayat terbantut hanya kerana ayat suami: 'straight to the point, tak payah panjang-panjang'. Huhu... maka sang isteri merajuk!!

3) Kerja lewat malam

Petang tadi, sang suami berbuka bersama karenah anak-anak tanpa sang isteri. Owh.. sang isteri sedang berbuka bersama pria-pria di luar sana. Tapi bukan bersuka-suka, kerana kami sedang bertugas dan sang isteri mengetuai pria-pria itu. Owh.. sang isteri berkhidmat untuk negara.. (sang isteri dalam dilema)..

@@@@@@@@@@

Ps: Teman-teman, terima kasih layan catatan emo seorang ibu aka seorang wanita berkerja, berkhidmat untuk negara!!


Jom skodeng pria-pria itu..








Jumpa lagi, salam sayang buat semua!!


10 comments:

  1. assalamualiakum Puan Asmara
    Allah, pasti hiba, lewat malam begini,baru kembali.
    selamat bertugas demi tanggungjawab.inshaAllah, anak-anak pasti memahami.
    terima aksih pada sebuah pengorbanan, seorang ibu, isteri, dan pekerja.

    ReplyDelete
  2. kesian ibu..berkorban utk negara kan.hehe. aham perasaan akk,sy juga diantara beribu pekerja yg terpaksa bekerja di hari raya,dh biasa dh dgn keadaan macam nie sejak 5tahun lalu...:)

    ReplyDelete
  3. Ummu: terima kasih singgah blog ibu, haha.. n3 tika emo dtg menyapa. Menjelang pagi, alhamdulillah.. semangat!!!

    ReplyDelete
  4. alahai nk buat mcmmane kak..keje dgn org mcm tulah..takpelah ayah..raye haji balik ganu kite..raye hajikan meriah lagi ;)

    ReplyDelete
  5. adoii.. memang dugaan.. saya pun selalu mcm tu juga kak.. tapi tahun ni, dapat juga cuti..

    ReplyDelete
  6. Puan Kutu: mudah2han kita dikurniakan keikhlasan dalam bertugas.. mudah2han dgn keikhlasan tugas kita adalah satu ibadah..:-)

    ReplyDelete
  7. Ummu Muhammad: biar lambat balik, ganu ttp balik.. rindu kat mok.. :-)

    ReplyDelete
  8. Sabar byk2 ye kak, dh mmg tgjwb kita.. insylh, byk ganjarannya utk akak...

    ReplyDelete
  9. sabar...sabar...sabar.... :)

    * rindu juga nak balik shah alam hehe...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...