Follower

Saturday, August 20, 2011

Hidup Segan... Sekarang Dah Tak Malu Dah!!

Assalamualaikum wbt..

Jangan terlalu serius dengan tajuk tu ya.. Ibu tak mahu dikatakan perosak bahasa. Sepatutnya, 'Hidup segan mati tak mahu'.. tetapi peribahasa tu kurang sesuai dengan apa yang ibu nak coretkan ni.. Tajuk di atas lebih sesuai. Ngeee.. :D

Al kisahnya, masa mula-mula pindah Shah Alam dulu ibu ada beli sepohon pokok limau kasturi. Pokok limau tu ditunaskan dengan kaedah tot.. (err, betul ke ayat ditunaskan tu? tot ke tut?) Apa-apalah! Jadi masa belitu memang dah berbuah dan ibu transfer dari poli beg ke dalam pasu. Masatu ibu ada taman depan rumah, semua pasu-pasu pokok kesayangan ibu ibu letak dalam kawasan pagar..

Pendekkan cerita, bulan April tahun lepas kami beli kereta sebiji lagi. Maka pasu-pasu ibu dengan segala hormatnya dipersilakan keluar pagar. Ayah letak berderet di tepi rumah..

Masatulah hobi berkawan dengan pokok ibu mula luntur sebab ibu malas nak keluar dari kawasan pagar.. Maka, pokok-pokok ibu mula merajuk. Ada yang kering, ada yang layu, yang dah mati pun ada. Antara yang 'hidup segan mati tak mahu', pokok limau kasturi tu la.. Buah pun dah tak ada.. :-( Berbulan-bulan jugalah pokok-pokok tu terbiar..

Namun atas rasa prihatin ayah yang mula sedar penyakit M mula menyerang ibu, ayah ambil alih tugas memberi kasih sayang pada pokok-pokok ibu. Ayah belai mereka dengan kasih sayang, bagi baja dan siram hari-hari..

Hasilnya..

v

v

v

v


 Pokok ibu dah segar semula..


 Pokok ibu dah berbuah semula..


 Ayah alih ke tempat yang lebih redup.. tepi rumah tu agak panas..


Putik-putik baru yang sangat banyak.. :D

@@@@@@@@@@@


Ps: Berbudi kepada tanah memang rezeki hasilnya.. tapi ibu dah pas hobi tu pada ayah!!

Ps: Teman-teman suka bercucuk tanam tak?

6 comments:

  1. dulu masa remaja minat gak tanam bunga,skang dok kuarters takde masa nak belai pokok.pasu sebijik pun takde.haha..

    ReplyDelete
  2. PK: akak pula masa remaja tak minat langsung, dah kawen duk apt pula, bila dah pindah shah alam baru ada minat, tp sekejap aje.. hehe..

    ReplyDelete
  3. hahaha..senyum kite bace..cayalah ayah! sikit lagi kak zefa ayah yusof buat kebun dalam pasu..ni baru limau purut..jap lagi die tanam bende lain pulak..tangan sejuk tu..dah hidup semule.. ;)

    p/s: kak buanglah word verification tu..hehe ;P

    ReplyDelete
  4. Ummu Muhammad: limau kasturi la my dear.. hehe..

    Ps: dah buang dah.. :D

    ReplyDelete
  5. hehe nampak sgt tak kenal sayur sayuran kan hehe

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah....mmg inilah hasilnya bila kita berbudi dengan tanah :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...