Assalamualaikum wbt..
Semalam, ibu buat n3 tentang Kencur a.k.a Cekur. Gara-gara teringin nak makan Ikan Keli Masak Lemak Kencur. Alhamdulillah, semalam juga keinginan ibu tertunai sudah. Balik kerja, lepas solat terus bersilat di dapur. Dan hasilnya...
v
v
v
v
v
Semalam, ibu buat n3 tentang Kencur a.k.a Cekur. Gara-gara teringin nak makan Ikan Keli Masak Lemak Kencur. Alhamdulillah, semalam juga keinginan ibu tertunai sudah. Balik kerja, lepas solat terus bersilat di dapur. Dan hasilnya...
v
v
v
v
v
Sila abaikan rupa parasnya yang kurang hensem, tapi rasanya Subhanallah, Alhamdulillah, sedappppppp!!
Bukanlah ibu nak kata ibu pandai masak bila kata sedapppppppp tu tau, tapi ini adalah feberet ibu dulu kini dan selamanya.. :D
Okey, jom ibu kongsikan resepinya (hasil skodeng mak masak..):
Resepi Ikan Keli Masak Lemak Kencur
Bahan-bahannya:
3 ekor ikan keli
Asam jawa
Serbuk kunyit
Garam
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah (semalam ibu guna 1/2 biji bawang besar)
4 biji cili padi (mengikut citaras pedas masing-masing)
Setengah genggam kencur
Setengah genggam ikan bilis direndam (semalam ibu guna kiub je..)
1 cawan santan pekat
4 helai daun limau purut
Air asam jawa secukupnya (semalam ibu guna asam keping)
Garam secukup rasa
Air
Air
Cara-caranya:
1. Bersihkan ikan keli dengan menggunakan asam jawa untuk membuang lendirnya. Kemudian kelar-kelarkan ikan keli tu..
2. Lumur ikan keli dengan garam dan serbuk kunyit..
3. Goreng/ bakar/ panggang ikan keli tersebut (semalam ibu bakar atas dapur gas je.. lapik daun pisang)
4. Ketepikan dulu ikan keli yang telah dibakar tu ye..
5. Tumbuk bawang, ikan bilis, cili dan kencur (jangan malas-malas pastu blend ye.. mesti rasa tak best..) - semalam cili tu ibu tak tumbuk sebab anak-anak tak makan pedas
6. Jerang semua bahan tumbuk dengan sedikit air hingga menggelegak. Masukkan garam secukup rasa..
7. Setelah mengelegak masukkan santan pekat, air asam/ asam keping dan daun limau purut. Pastikan api tidak terlalu besar dan kuah sentiasa dikacau..
8. Setelah santan menggelegak, masukkan ikan keli.. (semalam ibu tak masukkan pun ikan keli tu. Ibu susun atas mangkuk dan siram kuah atasnya..)
9. Sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!! :D
**************
Ps: Sejak Ramadhan, ibu dan ayah jarang makan nasi bertambah masa berbuka. Semalam, fuh!! Penangan Ikan Keli Masak Lemak Kencur, kami makan bertambah-tambah..
ikan keli masak lemak cekur ni bikin daku kecur air liur.. ah bila la ada masa nak menorai ni..
ReplyDeleteputih jer msk lemak akk, tak suka letak kunyit byk kotek..hehe nmpk sedap apa..:)
ReplyDeletealamak...akak berjaya membuatkan saya jeles :) saya pun suka makan ikan keli....mmg sedaaappppp!!!
ReplyDeletemymyza: memang sedapppp.. cuba jgn tak cuba.. :D
ReplyDeletePuan kutu: lemak kencurni memang putih je.. akak ikut style mak akak masak.. cuma ejas ikut kesesuaian.. ;D
ReplyDeleteP.Solehah: sedapppp.. masak apa pun sedap.. tp akak kalau ikan keli yg besar2 tu tak suka sangat.. hehe..
ReplyDeleteEsh, tak terbaca ada daun cekur pun dlm masakan ni? ada letak tak? or mummy yang silap? Ibu bg feedback ye. tq
ReplyDeletesedapnya kak,izan dh la hantu keli. tak kira masak apa..bila la nk merasa akak masak plak =)
ReplyDeleteanak izan pnggil ikan kelly hihi cam nama org puteh dah
MB: daun tu tak letak pun tak apa mummy, janji ubinya mesti ada. style mak ibu tak letakpun..
ReplyDeleteMB: daun tu tak letak pun tak apa mummy, janji ubinya mesti ada. style mak ibu tak letakpun..
ReplyDeleteIzan: hehe.. ikan kelly import ye?
ReplyDeletesalam,JA...nak mintak share resipi..halalyer...untuk juadah berbuka pose..hehe
ReplyDelete