Follower

Wednesday, August 3, 2011

Catatan 1 Ramadhan 1432H..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, hari ini telah 3 hari kita berpuasa.. Namun Jemari Asmara baru berkesempatan menari lagi, mengimbas 1 Ramadhan.. Sekadar melorek satu catatan memori buat tatapan diri sendiri dikemudian hari.. :D

Ahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah, Allah swt masih memberi nikmat Ramadhan pada kita semua. Tatkala azan maghrib 31 Julai 2011 berkumandang, maka 1 Ramadhan 1432H menyapa kita..

Sekadar imbasan kenangan, Ramadhan 1425H ibu membawa Muhammad Yusuf Nabhan di dalam rahim.. Ramadhan 1428H ibu di dalam pantang selepas kelahiran Maryam Nabihah..


Terawih Pertama 1432H

Alhamdulillah, kita sekeluarga berpeluang bersama-sama menunaikan solat sunat terawih.. satu kelebihan yang terlalu rugi untuk dilepaskan, lebih-lebih lagi Baiti Jannati kita hanya beberapa langkah dari masjid.

Yusuf ibu tahu tiada masalah, abang sudah besar. 3 bulan lagi Yusuf akan berusia 7 tahun. Untuk Maryam Nabihah, ada bekalan perlu ibu sediakan. Hmm.. sebagai persediaan jika ada acara 'aneka ragam'. Ibu bawakan bekalan minuman, 2 helai kertas dan beberapa batang pensil warna.

Sudah dijangka, adik hanya bersama-sama ibu menunaikan solat Isyak sahaja. Usai solat Isyak, telekung sudah ditanggalkan. Panas katanya, silap ibu juga lewat ke masjid. Kami hanya dapat sembahyang dikoridor masjid dan tiada kipas. Jemaah wanita terlalu ramai sehingga melimpah di hadapan tandas. Alhamdulillah, tiada masalah hingga ibu selesaikan solat. Sepanjang ibu menunaikan solat, adik leka dengan aktiviti melukis dan mewarna.


Bergambar kenangan sebelum ke masjid.. :D

Bersahur Kali Pertama

Alhamdulillah, tiada masalah mengejutkan anakanda soleh ibu. Yusuf bangun selepas 3 - 4 kali ayah memanggilnya. Mungkin sedikit perlahan untuk dia bangkit dari katilnya, tapi bagi ibu itu perkara biasa bagi seorang kanak-kanak seusianya.

Maryam? Oh, kami sengaja tidak mengejutkannya. Seperti biasa dia akan bangun sendiri dalam lingkungan jam 5.00 pagi mencari ibu. Maryam Nabihah hanya bersahur dengan sebotol susu.

Cabaran Puasa Hari Pertama

Syukur tiada masalah bagi Yusuf berpuasa sehingga waktu berbuka puasa. Cuti yang diberi oleh kedua-dua sekolahnya adalah satu kelebihan. Dia hanya bermain di dalam rumah dan kuranglah tenaga yang digunakan.

Maryam? Hehe.. ini budak kecil sudah menangis seawal jam 11.30 pagi. Tidak tahan dahaga.. akhirnya berbuka sebelum jam 12.00 lagi. Apapun, satu permulaan yang baik bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ini, sehingga petang tidak makan langsung. Hanya 3 kali minum air.. :D


Semangat dan 'Nikmat'

Ramadhan kali ini ibu lebih bersemangat.. walaupun bersama 'nikmat' yang Allah beri. Mudah-mudahan ibu tabah dan kuat.. Juga anak-anak yang bersemangat untuk berpuasa dan berterawih!!

Berbuka Puasa 1 Ramadhan 1432H..

Semuanya diuruskan ayah. Ibu tiada daya, 'nikmat' itu tidak mengizinkan ibu masak-masak di dapur. Dan ayah membuat pilihan membeli sahaja..

Rasa bahagia menyelubungi seluruh 'Baiti Jannati'.. anak-anak girang, ibu dan ayah rasa bahagia.. Semangat anak-anak menempuh 1 Ramadhan buat ibu bangga..

Mudah-mudahan keluarga ini dilimpahi kasih sayang yang mewangi, sewangi taman firdausi, & dilimpahi rahmat kurniaan Ilahi.. Amin ya rabbal a'lamin..


*************

Ps: Sekejap lagi masuk waktu maghrib, selamat berbuka puasa ya sahabat-sahabat.. :D



8 comments:

  1. salam ramdhan buat zefa sekeluarga..

    Choop nak teka heehe.."maryam nak dapat adik eehh??"..sorry if i'm wrong & jangan marah :-)

    ReplyDelete
  2. wahh.. semangat si abang berpuasa.. alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
  3. seronok tgk parents yg ada anak kecil mndidik mereka berpuasa =)

    ReplyDelete
  4. LL: Salam Ramadha buat LL juga.. hehe, belum lagi.. tak sihat biasa je, bukan pembawaan pun.. :-)

    ReplyDelete
  5. Farah: alhamdulillah, tp tu br hari pertama.. hari ke 2 ada kisah lain pula.. hehe,,

    ReplyDelete
  6. Shidah: alhamdulillah, jihad ibu bapa yg mesti diperjuangkan.. tgu khairyn besar sikit ye.. :-)

    ReplyDelete
  7. eh td tanyyanabhan umo berapa.dh dpt jawapannya..Maryam sebaya anak sy, aiman..puasa smp tengahari jugak,tu pun sebab dia tido,mlmnya tido lmbt..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...