Follower

Friday, August 12, 2011

Teguran Tak Berhikmah @ 11 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Allahu Akbar! Allah Yang Maha Besar! Syukur alhamdulillah, dengan nikmat pinjamanNya. Ibu ingin merakamkan apa yang terjadi pada malam ke 11 Ramadhan 1432H untuk pengajaran untuk ibu sendiri. Kawal emosi.. Kawal ekspresi wajah..

Malam itu kami sekeluarga ke masjid Al Hidayah lagi.. (memang belum pernah ke masjid lain pun untuk tahunni..) Jemaah semakin berkurangan, mengikut pandangan kasar mata ibu, hampir separuh luaknya jika dibandingkan dengan malam pertama.

Apabila jemaah semakin berkurangan, maka semakin luaslah kawasan kosong dibelakang jemaah. Jika sebelum ini anak-anak kecil hanya bermain-main, sekarang sudah boleh berlari-lari. Memang luas dan boleh main kejar-kejar..

Ibu tak mahu komen tentang anak-anak kecil. Sudah fitrahnya begitu dan mereka juga belum mumaiyiz. Anakanda solehah Maryam Nabihah juga ada kalanya bermain lari-lari dan kejar-kejar di masjid. Tapi ibu akan pastikan dia dalam keadaan terkawal dan menegurnya jika dia 'terlebih' main.

Prinsip ibu, biarlah orang melihat ibu sebagai ibu yang 'garang' kerana memarahi anak berbanding orang melihat ibu sebagai ibu 'yang tidak prihatin dengan ibadah orang lain' kerana membiarkan anak-anak mengganggu jemaah yang lain.

Anak solehah ibu walaupun sudah diberi 'amaran keras', namun adakalanya tewas juga.. Ibu rakamkan satu dialog antara dia dan seorang budak berumur 5 tahun yang ibu dengar:

Budak : Awak, jom kita main kejar-kejar!

Maryam : Taknak lah, ibu kita tak bagi.

Budak : Jomlah, kita main kat sini je..

Maryam : Tak boleh, nanti ibu kita marah (hehe.. nampak sangat ibu dia garang ek?)

Budak : Ala, tak apa. Mak kita tak marah pun..

Lepas tu Maryam Nabihah pun angkat pungung.. tapi dia kene jelingan maut dengan ibu dia la pulak.. Hehe.. duduk balik. Tapi hmmmm, ibu dia angkat takbir je.. selamatttt!

Okeylah, balik kepada tajuk. Tajuk di atas tiada kena mengena dengan anak-anak kecil itu ataupun Maryam Nabihah. Tapi soalan Maryam Nabihah telah menyedarkan ibu apa yang dipanggil 'berhikmah'!

Sebenarnya, suasana di masjid (di bahagian jemaah wanita) sedikit hiruk pikuk bukan sahaja disebabkan suara anak kecil tetapi suara anak-anak dara sunti yang datang ke masjid, tapi tidak pun menunaikan solat. Sekadar bersembang, berborak dan sekali sekala diiringi hilai tawa.

Ibu yakin, bukan ibu seorang yang terganggu dengan mereka. Jemaah lain juga turut terganggu, kerana setiap kali selepas memberi salam pasti mereka memalingkan wajah memandang mereka dengan pandangan yang kita tahu, itu pandangan tidak suka.

Selepas rakaat ke6, ibu nekad bangun menegur mereka. Pada ibu teguran yang biasa-biasa.. tidak berkasarpun. Tidak menengking pun.. Ibu tegur pun dalam suara yang ibu perlahankan..

Balik semula ke tempat ibu solat, anakanda solehah Maryam Nabihah bertanya: "Kenapa ibu marah? Kenapa ibu marah? Kenapa ibu marah?".
Tiga kali dia ulang soalannya.. dan ibu tak jawab pun kerana imam sudah mengangkat takbir untuk rakaat ke7.

Dipendekkan cerita, selepas solat ibu muhasabah diri...  melalui pertanyaan anakanda ibu, menggambarkan teguran ibu dalam keadaan marah! Menegur dalam keadaan yang dilihat sedang marah, pasti akan dilihat juga sebagai teguran yang tidak berhikmah!

Kurniaan Allah pada ibu adalah sepasang kening yang memperlihatkan wajah yang garang. Dalam keadaan terganggu, ibu memberi teguran dengan lupa memberi senyuman.. hingga gagal menyembunyikan wajah garang itu..

Kesimpulannya, teguran secara berhikmah tidak hanya dilihat dari cara dan masa menegur.. tetapi juga bagaimana kita mengekspresikan wajah.. :D


@@@@@@@@@@


Ps: Ibu memang garang pun.. tapi kalau tak marah pun orang kata macam marah.. huhuhu..

4 comments:

  1. sepasang kening tu same dgn ayah muhammad..tak buat apepun dah menunjukkan marah..ditambah lagi jengilan mata..bonuslah kak zafa tak payah jerit..sign mate dan kening sudah mampu buatkan org takut hehe ;D

    p/s: kecuali ibu Muhammad yg tak takut hehe ni kes tak makan saman keh8!

    ReplyDelete
  2. iyalah kak...saya pun macam tu juga kadang2 hehe. tapi kdg2 tu tak tahu juga nak tegur mcm mana....

    ReplyDelete
  3. Ummu Muhammad: hehe.. org2 dlm rumah ni pun dah x mkn saman dgn jelingan maut ibu dia.. :D

    ReplyDelete
  4. PS: akak ni sbnrnya kalau dgn org luar lebih byk tegur dlm hati je.. kalau dah 'geram' sgt baru bertindak.. hehe..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...