Assalamualaikum wbt..
Ini cerita petang semalam.. Semasa ibu sedang memandu, tiba-tiba sebuah lori sampah meluru dengan sangat laju dari arah belakang dan memotong kereta ibu hingga hampir menghimpit. Kemudian memotong beberapa kenderaan lain sedangkan jalan tersebut adalah jalan satu lorong. Kemudian keluar pula ke lorong bercabang dengan sangat laju.
Mungkin penceritaan ibu sukar difahami.. dipendekkan cerita, pemandu lori sampah itu memandu dengan sangat laju dan BERBAHAYA!
Insiden itu mengingatkan ibu pada kejadian bertarikh 10.10.2006.. dah 5 tahun pun berlalu. Ibu terima satu sms yang berbunyi, 'Hafizi meninggal kemalangan'. Sampai harini ibu simpan sms tu. Arwah adalah rakan sekerja ibu..
Ajalnya telah ditentukan Ilahi.. namun sebabnya adalah berlanggar dengan lori sampah ketika pulang bersahur. Kejadian berlaku di bulan Ramadhan..
kalau akak dah ada no plat lori tu, buat je aduan kak. Bahaya lori tu...membahayakan nyawa orang lain...juga diri dia sendiri...
ReplyDeletebuat aduan kak..
ReplyDeletekdg2 dia pk dia besar dia bley jalan sesuka hati kan kak..kita je yg dok elak2..geram tgk lori yg mcm ni..tak pk org lain
ReplyDeleteal-fatihah buat arwah... ajal di bulan ramadhan.
ReplyDelete