Follower

Tuesday, August 9, 2011

Hilang Anak Tapi Gembira @ 8 Ramadhan 1432H..

Assalamualaikum wbt..

Kisah 8 Ramadhan 1432H..  Ada kisah yang buat ibu cuak!! Tapi ada juga yang buat ibu rasa gembira.. :D

Terawih: Selepas berbuka, anakanda solehah Maryam Nabihah dah tunjuk tanda-tanda mengantuk. Ibu usik-usik dia hinggalah dia tak jadi tidur.. Kalau dia tertidur, tak dapatlah ibu nak ke masjid. Pendek cerita, mata dia segar semula lepas ibu geletek-geletek dia.

Di masjid, anakanda solehah solat Isyak je.. lepastu mulalah dia dengan dunianya. Setiap kali ibu selesai 2 rakaat solat terawih ibu akan berpaling ke belakang melihat apa yang dia buat. 2 rakaat pertama, ibu nampak dia. 2 rakaat kedua, ibu nampak dia. 2 rakaat ketiga.. huwaaaaaaaa.. tak nampak!! Ibu terus bangkit cari dia.. tak jumpa juga. Ibu intai ke tempat lelaki, tak jumpa juga! (Masani ibu nampak sesuatu yang menggembirakan!!)

Akhirnya, ibu tergerak hati ke tandas. Hahaha.. jumpa! Al hamdulillah, anak dara ibu buang air rupanya. Hehehe..

Apa yang menggembirakan?: Masa ibu mengintai ke tempat lelaki mencari anakanda solehah, ibu ternampak anakanda soleh ibu sedang solat terawih rakaat ke 7. Sejuk sangat hati ibu, maknanya anakanda soleh Yusuf Nabhan tak main-main!

Cabaran Berpuasa: Alhamdulillah, anakanda soleh Yusuf Nabhan nampak lebih semangat pada Ramadhan hari yang ke 8 ini. Semakin kurang drama swasta dan drama air mata. Tahniah sayang!

Berbuka: Buat kali pertama Ramadhan ini ibu berbuka berseorangan. Ayah dan Yusuf berbuka di rumah YB sebelah rumah. YB Roziah buat majlis buka puasa untuk jiran-jirannya. Ibu tak dapat turut serta sebab anakanda solehah Maryam Nabihah sudah tertidur awal. Begitulah lazimnya adik, jika sangat penat semasa balik sekolah, adik akan tidur sangat awal.

Sporting je dua beranak ni bila ibu suruh possing..

Ibu intai dari tingkap je.. hehe..

Bila sorang-sorang.. makan pun tak selera.. akhirnya luak sikit aje.. :-(

***************************

Ps: Broadband ibu dah sampai limitnye.. jadi slow sesangat. Buat kawan-kawan yang ibu belum jengah lagi sabar ye. InsyaAllah, ibu akan datang jua.

5 comments:

  1. abang soleh nabhan memang nampak soleh sgt kak..jarang nampak gigi die bergambar..serius je..i like that type of person heheh..suke org muke garang tapi hati lembut ;)

    p/s: sgt bangge dgn nakanda soleh dan solehah harapan agama, bgse dan negara ni..sgt bangge!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..best kan bila anak dah besar sikit..xsabar nk tggu wardah besar..=)

    ReplyDelete
  3. teringin nk bwk anak solat terawih kt masjid tp xblh sbb si kecik masih kecik, huhu...

    ReplyDelete
  4. Mmng seronok dapat bawak anak2 solat terawih bersama....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...