Follower

Thursday, August 4, 2011

Catatan 2 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum wbt..

Satu lagi n3 tertunggak dari Jemari Asmara.. catatan kenangan 2 Ramadhan 1432H..

Penangan Laksa Tisu

Maaf kawan-kawan, ini sekadar satu perasaan buruk sangka dari ibu, seorang insan biasa. Perasaan gembira berbuka puasa di hari pertama sebenarnya diiringi perasaan gusar. Ayah beli sebungkus laksa yang sangat-sangat pekat kuahnya, namun bila lalu ditekak ibu, ibu rasa lain macam hingga terdetik di dalam hati 'ni ikan ke tisu? huhuhu..'

Sudahnya, usai berbuka puasa terkeluar semula juadah berbuka yang ibu jamah.. Subhanallah, sudah lama tidak muntah-muntah dengan begitu dasyat.. terus ibu 'lembik'. Err, ibu tak mengandung tau! hehe..

Tewas Terawih Malam Kedua

Sedih yang tak ingin ibu huraikan panjang lebar di sini.. Kehendak yang begitu meronta, namun fizikal tak mampu melaksanakannya.. tewas ibu maka tewaslah Maryam Nabihah.. yang tidak dapat memijak masjid pada malam ke 2..
Sahur Hari Ke 2

Alhamdulillah, anakanda soleh Yusuf Nabhan terus bersemangat bangun sahur. Cuma masa yang ayah ambil utuk membangkitkannya dari katil, lebih lama dari masa yang diambil pada hari sahur pertama.. :-)

Cabaran Berkerja di Ramadhan Ke2

Mencabarke? Bukannya kita membina bangunan atau bertani di tengah panas, cuma bila bersama 'nikmat' pemberian Ilahi, puasa ini mencabar kekuatan fizikal dan mental.. Allah Maha Adil, memberi sama rata 'cabaran bepuasa' kepada hamba-hambaNya. Ibu terima dengan redha..

Ibu sedikit tewas sebenarnya.. hingga sedikit 'naik angin' di mahkamah. Ada 8 kes yang di bawa, dan ada yang 'mengada-ngada'! Haa.. kan dah kena dengan puan Zefa!!

Cabaran Bersekolah di Ramadhan Ke2

Harini Yusuf Nabhan sekolah seperti biasa.. Pagi sekolah Kebangsaan, Petang sekolah Agama. Balik sekolah petang sedikit drama linangan air mata. Tak tahan dahaga.. Ahamdulillah, ayah berjaya memujuknya supaya bersabar hingga waktu berbuka puasa.

Maryam Nabihah? Hehe. harini 'tewas' sepenuhnya.. Hari pertama tiada orang makan di rumah, jadi adik berjaya tidak makan sepanjang hari. Bila di Taska, susahlah sikit.. lagi-lagi dia perlu bersekolah disebelah petang. Tak apalah adik, nanti cuti kita berlatih puasa lagi ya!

Berbuka Puasa

Alhamdulillah, kegembiraan setelah sehari berjuang!! Kami berbuka dengan juadah beli lagi.. :D


**************

Ps: Terima kasih singgah membaca coretan Jemari Asmara.. :D

7 comments:

  1. go abg nabhan soleh go!

    tak sihat benar kak zefa lagi ni..ambik cutilah kak rehat 2,3 hari..tak renyah sgt..

    ReplyDelete
  2. cian akak..tak cukup rest tu... bagus si abang bertahan =)

    ReplyDelete
  3. as salam,kak.Dah lama tak datang sini.Harap akk cepat baik... dugaan bulan puasa ni macam2 cara.


    Selamat berpuasa dari saya^_^

    ReplyDelete
  4. Ummu Muhammad: setakat ramadhanni dah 2 hari akak cuti.. mudah2han sihat segera..

    Izan: mudah2han dia dpt bertahan cukup sebulan.. :-)

    Ya: salam ramadhan dan selamat berpuasa juga.. :D

    UAS: T kasih.. t kasih juga masih sudi singgah blog akak.. :-)

    ReplyDelete
  5. Smga cpt sembuh kak, lama gk kejap sakit kejap ok..sabar byk2 ye kak!

    ReplyDelete
  6. nabhan tu umo berapa yer?tabah ekk walaupun tak tahan dahaga,bila ayah pujuk trima pujukan ayah..anak soleh..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...