Assalamualaikum wbt..
Tengahari yang dingin (dek aircond.. hehe..), diluar hujan renyai yang menyiram bandar Klang baru sahaja reda. Tengaharini ibu tak ke mana-mana.. maka mula memikir-mikir apa yang hendak dimasak petang ni untuk juadah berbuka..
Lantas, pikiran ibu menerjah isi kandungan peti sejuk di rumah. Menerjah melalui ingatan sahaja ye, sebab ibu sekarang berada di pejabat. Tak silap ibu, dalam simpanan masih ada ikan keli, sotong dan ikan cencaru.
Setelah menimbang-nimbang apa yang hendak dimasak, ibu rasa nak masak ikan keli lemak kencur!! Hmm.. teringat pula kelazatannya, hish! Puasalah!
Err.. teman-teman tahu ke kencur tu apa? Kencur tu dalam bahasa Jawa, Melayu panggil cekur.
Ini hasil google ibu..
Inilah rupanya pokok kencur aka cekur.. pic ni google bawa dari SINI..
Yang ini ubinya.. pic ni milik blog INI..
Harap-harap kedai bawah pejabat ibu ada jual. Minggu lepas ibu tengok ada. Ibu kalau balik kerja malas nak singgah mana-mana. Jadi terjah kedai dekat-dekat pejabat je.. Biasa bahan-bahan asas macam bawang, halia, lengkuas, serai ayah yang beli, kalau nak yang lain sikit terpaksalah ibu cari sendiri..
Dan harap-harap perjalanan balik harini lancar tanpa sebarang halangan. Takut tak sempat masak pula..
@@@@@@@@
Ps: Teman-teman nak masak apa petang ni?
&&&&&&&&&&&
izan tahu pokok ni.mak ada tanam dulu..ada mcm2 kahsiat kan kak..
ReplyDeletesedapnya menu akak..bestnya jd akak,pndai masak mcm2 jenis lauk... =)
baru jugak tau cekur nie apa,tu pun ms en suami pegi urut,nenek tu bgtau yg cekur nie bagus utk diet.pastu dia siap tunjuk,rupanya macam kunyit hidup kan..
ReplyDeleteIzan: mana ada pandai masak.. biasa2 aje lah.. k zefa pulak kagum dgn izan, pandai buat kek..
ReplyDeletePuan kutu: Bagus utk diet? wah bagus ni..(baru tahu...) tp kalau dah wat masak lemak diet pun tah ke mana.. hehe..
Teringat masa kat kampung dulu, mak kata "gi ambik daun cekur, ada bawah pokok cermai nun"..skali mummy pergi ambik rumput daa.. mak gelak sakan dan geleng kepala "anak aku..anak aku"
ReplyDeletebut then, i have no idea how to use this cekur...
ReplyDeleteMB: Muumy, ce try resepi yg ibu baru syer tu.. sedapppp!!
ReplyDeletesaya ada tanam...
ReplyDelete.............
ReplyDelete