Follower

Thursday, May 3, 2012

CROCHET PERTAMA IBU YUSUF DAN MARYAM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu ada hobi baru. Baca tajuk entry pun dah tahukan apa hobinya. Sebenarnya ibu dah ada asas mengait sejak zaman remaja lagi tau. Tapi setakat buat tali air aje lah.

Masatu intai-intai mak mengait. Tapi tak ada benang nak cuba. Nak ambik mak punya tak berani. Akhirnya ibu cuba-cuba kait guna benang jala abah. Jarum pinjam mak punya lah. Tahu benang jala? Alaaa, benang yang orang guna untuk betulkan jala ikan yang carik. Gigihkan? Tak ada rotan, akar pun berguna.

Baru-baruni ibu jumpa group I Love Crochet di FB. terus rasa minat nak buat. Gigih pergi kedai bunga beli benang dan jarum kait. Gigihlah sangat, kedai tu dekat je dengan rumah pun. Hihi..

Tanpa sebarang asas, hanya berbekal dengan ilmu buat tali air.. maka ibu pun memulakan misi try and error. Mula-mula sampai bertukar warna benang tu. Kait buka, kait buka, kait buka..

Patern ibu ambil di internet. Masalahnya nak baca diagram pun tak faham. Kena rajin lah sikit godek-godek apa yang patut nak tambah ilmu.

Akhirnya, terhasil juga crochet pertama ibu Yusuf dan Maryam. Drumroll plz..

v

v

v

v

Macammana? Okey lahkan.. walaupun nampak tak kemas dan ada yang senget benget..

Mula-mula buat tu, ingat nak buat sebagai doilie almari koleksi PML ibu. Sekali siap, alahai kecik je rupanya. Diameter dalam 5 inci macamtu.. Tak sesuailah nak buat doilie..

Sudahnya, ibu letak sini..

v

v

v

v

 Dapat idea masa tengok koleksi gambar seorang sahabat FB. Gambar siapa ibu dah lupa..


Hohoho.. Kembang kepis hidung bangga dengan diri sendiri sebab ada hasil crochet.. Kih kih kih..

Ibu ni mudah suka dengan hobi baru, tapi mudah juga cepat boring. Sikap yang tak berapa baik sebenarnya mudah boring tu. Tapi dari sudut yang positif, bila jumpa hobi baru maka bertambah juga ilmu baru.

Okey, sekian dulu tayangan dari Ibu Yusuf. Nak tengok email kejap, harap-harap semua pemenang Fraser's Hill Giveaway dah bagi maklumat diri.

Jumpa lagi..


Jom tambah pendapatan dengan HZTours. Klik!!

17 comments:

  1. Ok lah dpt juga satu hasil w/pun kecil.

    ReplyDelete
  2. fuh bestlah kak zefa nih!! sentuhan tangan ajaib seorang ibu superb!

    ReplyDelete
  3. cantiknya.. suka sangat tapi akak langsung x pandai buat..

    ReplyDelete
  4. Salam kenal Zefa.
    Cantik...dulu2 memang saya rajin buat crochet ni.

    ReplyDelete
  5. wah...cubaan pertama dh cun gini, klo berkali2 buat pasti hasilnya superb..

    sy tak pandai mengait..dulu2 masa kecik2 dulu pernahla belajar dgn mak, tp dh lupe...teringin jugak nk ber crocheting & knitting

    ReplyDelete
  6. Wah,
    Dasyat sungguh kerajinan itu,
    Bangga n kagum pun ada dengan ibu ni...
    nanti boleh la promote untuk dijual pula ye :)

    ReplyDelete
  7. as salam ibu yusuf.... cantik sangat sebenarnya mama pun tengah usahakan crochet mama ni cuma belum siap sebab tu tak buat n3 lagi.... sama pulak kita.. memulakan hobi baru

    ReplyDelete
  8. cantik....cik rose pun tahu jugak mengait...dah lama tak mengait...tengok zefa buat ..rasa teringin pulak hehehe...

    ReplyDelete
  9. emm cantik u,,, zie pun dah lama betul tak mngait.... dulu belajar masa kcil2...
    agaknya kalau pegang jarum tu mesti dah kekok... huk huk...

    ReplyDelete
  10. cantik... ok la tu first time...

    saya pernah buat dulu tapi sekerat jalan je.. huhuhu tak berseni dan tak kemas tu yang malas nak sambung

    ReplyDelete
  11. cantik je. dulu pernah la buat. tp skg ni langsung dah tak ingat. hehehe...

    ReplyDelete
  12. Wah, dah ada hobi & kemahiran baru nampak!! Tahniah2!!
    Hobi yg memerlukan ketekunan dan ketelitian..
    Lepas ni kena buat alas dulang, alas meja dll.. baru kena dgn gaya hiasan rumah Zefa..

    ReplyDelete
  13. salam nor..tahniah..berjaya jugak menyiapkannya.acik zaman anak kecik2 dulu rajin jugak buat nisiap semua tudung dan telekung acik kait tepinya..segala sarung bantal alas meja..sekarang dah malas..mata pun dah bercermin..tak selesa dah.malangnya semua buku2 pattern crochet yang acik ada acik dah jual paper lama..sebab anak pun sume lelaki..sayang kan..kalau tidak..boleh acik bagi pada esiapa yang berminat nak mengait.

    ReplyDelete
  14. buat sendiri mestilah bangga sebab berjaya siapkan. Ada skill

    ReplyDelete
  15. pandai k.zefa jahit :) tangan saya tak berseni bab jahit-menjahit ni hehehe

    ReplyDelete
  16. kak zefa ni tererlah! izan tgk hasilnya sangat2 cantik. kalau izan ni jgnkan crochet... menjahit biasa2 pun blm tentu lepas lagi...

    ReplyDelete
  17. cantiklah..pandai kak zefa.sy mmg takde seni kait mengait nie..jenis yg tak sabar.hehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...