Follower

Sunday, July 15, 2012

MAJLIS GILANG GEMILANG WOWWW 1001 GIVEAWAY @ RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL, BANGSAR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, semalam 14 Julai 2012 telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Wowww 1001 Giveaway anjuran Kak Ida Koleksi 1001 Resepi. Ibu Yusuf adalah di antara 12 peserta yang bertuah dijemput hadir ke majlis berkenaan.

Majlis gilang gemilang tersebut berlangsung di Restoran Rebung Chef Ismail yang terletak di Jalan Maarof Bangsar. Majlis turut di taja oleh My Cheff, Babas dan Chef Ismail sendiri. Saat ibu menarikan jemari di atas keyboard (alhamdulillah, yang hilang sudah ada pengganti), ibu masih tersenyum mengingatkan manisnya kenangan di malam itu.

Jutaan terima kasih kepada Kak Ida sekeluarga yang bersungguh-sungguh menjadikan GA ini sebagai GA yang terhebat. Ibu yakin semua yang hadir malam itu benar-benar teruja dan rasa sangat diraikan.

InsyaAllah, ibu akan abadikan kenangan indah itu di Jemari Asmara ini. Tapi, tu lah.. kamera ibu ni biasa-biasa aje. Ayah Yusuf sebagai jurukamera pada malam tu pun agak pemalu orangnya. Jadi gambar pun banyak snap dari jauh. Terimalah seadanya, kalau yang blurr tu buat-buatlah nampak macam terang ye. Hehehe.. Ada juga beberapa keping gambar yang ibu akan pinjam dari blog Koleksi 1001 Resepi sendiri dan blog rakan-rakan blogger yang lain. Mohon dihalalkan ye kawan-kawan..


 Ibu dan ayah Yusuf. Orang kuat ibu ni, tanpa izinnya tidaklah ibu Yusuf bergelar seorang blogger.. :D


Ibu Yusuf dan Kak Ida. Blogger masakan yang hebat. Cari resepi? Singgahlah ke Koleksi 1001 Resepi, macam-macam resepi ada tau..


 Ibu Yusuf dan Dr Ezani, juara Master Chef pertama. Sangat cantik dan lemah lembut orangnya. Ibu Yusuf bertuah dapat duduk semeja dan makan di sebelah chef pujaan ramai..


Ibu Yusuf dan Chef Florence.. Sangat, sangat, sangat lah ramah. Tak tahan tengok dia buat kelakar dan melatah. Hahaha.. Tiba-tiba ibu Yusuf gelak sorang-sorang, lucu teringat auntie yang cantik ini. Masih mood senyum sampai telinga, malam itu ibu duduk semeja dengan chef selebriti popular.. :D 

 Gambar dari blog Kak Ida. Tengok, ibu Yusuf duduk dengan siapa? Hehehe.. Mana ayah? Ayah duduk depan ibu.. Yang berdiri pakai kemeja putih tu Arif Shah. Blogger femes tuuu..


 Gambar blurr.. tapi tak kira nak tepek juga. Malam tu kami bersembang sakan dengan tuan restoran, Dato' Chef Ismail.
 Walaupun nampak sikit je kepala akak, terima kasih ye Syu sebab snap gambar ni. Hehe..



 Majlis penyampaian hadiah. Ibu Yusuf tak menang pun pie maker, tapi tak apa. Itu bukan target pertama, yang penting kenangan manis itu. Ibu dapat apa? Banyakkkkkkkk.. sampai tak muat bonet Viva Elit ku. Tips dari Kak Ida, buat entry jangan letak gambar lebih dari 10. Jadi, next entry lah yerrr..


 Ayah Yusuf dah jadi model My Chef lah. Hahaha.. Gurau je. Suka pulak ibu tengok gambar ayah dengan Chef Zam ni. Semua chef-chef tu sangatlah peramah..


Ibu dan adik-adik blogger. Dari kiri Salmi, Suzlin, ibu Yusuf dan Syuhada.. Alahai, tiba-tiba rindu pada kamu semua..


Gambar pinjam lagi sebagai penutup entry ni. Semua peserta bergambar bersama Kak Ida dan Chef Ezani. Masing-masing pegang produk My Chef sebagai salah satu penaja majlis malam tersebut.

Harap entry ni lulus pada pandangan mata Kak Ida. Kak Ida kata kalau entry tak best nak tarik balik hadiah. Hahaha.. Tapi tahu, Kak Ida gurau-gurau aje. 

Sekian catatan ibu Yusuf, insyaAllah lepasni cerita pasal hadiah pula. Hingga jumpa lagi, salam sayang buat semua.. :D

32 comments:

  1. wah bestnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....jelesssssssssssssssssss..tak saba nk tgk hadiah yg tak muat bibah ;D

    ReplyDelete
  2. jelesnya kak zefaaaaaaaaaaa!!!!

    apa pun tahniah ye. Best tu dapat duduk semeja dgn chef2 popular dan hebat2 belaka....wow!

    ReplyDelete
  3. seronoknya kak...saya pun jeles, tapi kan akak sangat cantik la kat semua gambar ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada cantik, comot ade le... Hehe, tkasih huda.. :-)

      Delete
  4. senyum hingga ke telinga kkida baca entri ini...best...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga tersenyum bc komen k ida. Syukur k ida suka.. Tkasih k ida.. :-)

      Delete
  5. Wah, bestnya!! Teruja tengok gambar2 ni.. orang yg dlm gambar tentu lagi teruja kan??
    Apa2pun, tahniah buat Zefa.. bertuah badan..

    ReplyDelete
  6. tahniah kak zefa... wah dpt jumpa chef2 pemes yer :))

    cantik akk berbaju set pink, sepadan sgt tu mcm pengantin baruuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih zty.. Haha, ini pengantin lama daaa... :-)

      Delete
  7. Bestnya. Peluang yg mmg menarik. Tahniah sekali lg.. apalah hadiahnya ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih UI. InsyaAllah akan menyusul entry hadiah.. :-)

      Delete
  8. ayu sungguh ibu Yusuf malam tu, terpegun melihat Ibu Yusuf, memang sesuai dengan namanya NurAsmara.. ;-))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala sari ni.. Malu ah! Sari pun apa kurangnya, anggun di mlm itu.. :-)

      Delete
  9. seronok bertemu dengan kak zefa walaupun sekejap,ader peluang kita jumpa lagi nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga jumpa salmi. InsyaAllah, hrp2 ketemu lg.. :-)

      Delete
  10. tahniah.. bestkan.. tak sabar nak tengok hadiah.. beriya jekan mcm saya yg pulak yg menang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih syiela.. InsyaAllah, lepas ni entry hadiah ye. Tungguuuuu.. :-)

      Delete
  11. kak zefa... sangat best dapat dok semeja ngan chef2 yg glemer!

    pasni tepek hadiah yg best2 tu kat sini tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah izan, kzefa pun perasan glemer lah pulak.. Muahaha...

      Delete
  12. Replies
    1. Ala sya ni, malu akak tau (tersipu2 ni, haha.. ). Tkasih sya.. :-)

      Delete
  13. bestnya!..dapat bertemu dengn chef2 terhebat...tahniah zefa...
    :)

    ReplyDelete
  14. Salam.. Kak Zefa, Nur masih belum sempat mengarang entri lagi. Memang malam yang tak boleh dilupakan buat kita kan.. Nur tak sempat berbual panjang dengan akak.. Mungkin sebab meja kita agak berjauhan, mungkin jika Kak Ida buat lagi majlis hebat seperti ini, Nur dapat berkenalan dengan lebih dekat dengan akak.. Terima kasih keran menegur ketika di bilik solat.. :) Nur ada gambar akak.. Nak tak? Sila kirimkan emel yang tertera di blog Nur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam nur. Tak sabar sebenarnya nak bc entry kwn2. Kita x duk semeja jd x dpt nak berbual panjang. Ada rezeki hrp2 kita dpt jumpa lg. Kzefa ada masalah email, nanti dah ok k zefa email ya.. :-)

      Delete
  15. mmg betol apa yg zefa tuli pasal family kkida bersungguh buat majlis ga ni sgt best utk kita semua, anak anak kkida jd organiser yg bagus, ika nampak penat nk manage semua benda, tqsm to kkida n family, may Allah swt bless them for their kindness kan, aamin

    ReplyDelete
  16. alah, gegar plak gmbr tu..sori nmpak gmbr kak zefa ckit je..x pasan plak..

    ReplyDelete
  17. best sgt2 majlis malam tu...tp xdapat nk lama2 sbb "hero" buat bikin gempaQ di rebung...xlarat main kejar2...huhuhu

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...