Ini bukan blog masak-masak ye..
Haha.. semenjak duani asyik tepek gambar makanan je. Bukan apa, bila dah tak ada idea sangat nak update blog, itu saja penyelamatnya. Sebab hampir hari-hari kita masak.. :D
Untuk menjadi seorang blogger masak-masak sangat la jauh dari jangkauan ibu. Sejujurnya, ibu tak berapa nak terror masak. Tapi keinginan untuk mencuba sentiasa ada.. Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi. Cuma, ibu tak kisah nak tunjuk kat blog. Jadi ibu tunjuk, tak jadi pun ibu tunjuk.. Hehe..
Tang masak lauk pauk jarang tak jadi.. sebab bila masak lauk kita tak perlu terikat dengan resepi sangat. Tengok dua tiga resepi kemudian olah lah dengan cara sendiri. Tapi kalau tak jadi jangan salahkan resepi la pulak. Sape suruh durhaka? Kah kah kah..
Okeylah.. melalut pula. Ibu kongsikan di sini lauk kami malam ni..
Ikan kerisi masak cuka..
Sebenarnya, ini antara lauk feberet ibu. Tapi memandangkan ianya bukan citarasa anak-anak, ibu tak pernah masak. Selalu ibu dapat makan kalau balik kampung.. :D
Siang tadi, masa ibu BW ibu jumpa satu n3 dengan tajuk yang sama. Tak ingat blog sapa, tapi ibu ada bagi komen. Serius, baca n3 dia ibu terus 'trigger' dengan masak cuka.
Selalu ibu bagi kaunseling kat klien untuk menghadapi triger, sekali kena kat ibu tak boleh tahan la.. Haha.. Balik rumah terus masak. Kebetulan ada ikan kerisi kat esbok. Cuka pun ada.. Tapi ada juga paksa ayah g kedai beli timun.. :D
Alang-alang tepek gambar, ibu tepek sekali ersepinya. Tak tau nak credit kat sape sebab ibu buka banyak blog kemudian sesuka hati nak letak bahan-bahannya. Boleh ke gitu?
RESEPI IKAN MASAK CUKA
2 ekor ikan (apa-apa jenis ikan.. ibu suka ikan duri masak cuka. Hmmm.. sedap)
garam secukup rasa
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
1 biji bawang besar (dibelah dua: sebelah dipotong 4, sebalah lagi hiris sesuka hati)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1cm halia (dipotong nipis memanjang)
1 batang serai (dipotong 2 dan diketuk)
1 biji cili merah (dipotong 4 memanjang)
1/2 sudu halba (tak ada pun tak apa)
3 sudu cuka (mengikut citarasa masam anda)
garam
gula
1/2 kiub pati ikan bilis
1/4 batang timun (dipotong dan dibuang tengahnya)
Cara-caranya:
1. Lumur ikan dengan garam, goreng dan ketepikan.
2. Panaskan sedkit minyak dalam kauali dan tumis bawan merah, putih, halia, serai, halba dan cili merah.
3. Bila naik bau, masukkan sedikit air, cuka, gula, garam, timun dan bawang yang di potong 4.
4. Curah atas ikan. Siap!!
ikan nie selalu makan masa dalam pantang sbb x gatal..goreng garing2 pun sodappp
ReplyDeletemcm2 menu di sini.... :)
ReplyDeleteklu cuka tu digantikan dgn asam limau boleh tak??
ReplyDeletebaru beberapa hari lepas saya cakap nak buat masak cuka.aruah mak sy dulu selalu buat ikan msk cuka.en suami dia pelik pasal tak pernah makan.baca entri nie terus teruja.haha hari nie atau sok mesti nak buat jugak.hehe..
ReplyDeletesaya pun tak pernah makan ikan masak cuka..tp menarik..dan rasanya nak try masak...terima kasih kepada tuan punyer resipi ..kerana berkongsi ilmu memasak..
ReplyDeleteBSB: ikan ni antara ikan yg en suami sy selalu beli.. mmg sedap dan harganya tak mahal.. :D
ReplyDeleteDalila: tayangan menu dibuat bila tak ada idea nak update blog.. hehe..
K long: sy ada terbaca (tak ingat blog siapa) boleh ganti dgn asam jawa..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletePK: yeah, tu dia.. kak zefa tgu n3 ikan masak cuka dr blog PK.. :D
ReplyDeleteTotie: bagi kak zefa masak cuka ni sedap.. ada rasa masam2 manis.. selamat mencuba!!
ya pun suka gak makan masak ni....memang sedap.lagi2 timun tu......
ReplyDeletemy favourite :)
ReplyDelete