Follower

Friday, July 20, 2012

SPAGHETTI AYAM CITARASA TIMUR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, hari ini sudah 30 Syaaban 1433H. Beberapa jam lagi Ramadhan yang penuh keberkatan akan menyapa kita. Dikesempatan ini, ibu Yusuf mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua pengunjung Jemari Asmara. Semoga kita diberi nikmat masa dan kesihatan untuk membanyakkan lagi amal ibadah disepanjang bulan yang mulia ini.

Sebelum puasa ni, ibu Yusuf nak buat entry pasal makanan. Alkisah cerita anakanda Yusuf yang tiba-tiba nak makan spaghetti. Tak menyabar-nyabar pulak tu. Masa tu minta, masa tu jugak nak. Anak oh anak..

Ibu pun termenung depan peti sejuk. Anak-anak ni biasanya layan blognese je.. Tapi dalam peti sejuk apa pun tak ada. Yang ada spaghetti kejung dalam kabinet. Huhuhu..

Oh ya, dulu ibu ada kongsikan Resepi Spaghetti Ala Melayu cara mudah. Nak tengok, klik SINI ya..

Okey, balik cerita order dari anakanda Yusuf. Lepas termenung depan pintu peti sejuk bawah, ibu buka pulak peti sejuk atas nak tengok apa yang ada.

Ahhaaa!! Horey!! Ada penyelesai masalah rupanya. Hahaha.. dan dalam masa 5 minit, taadaaaaa...

v

v

v

v


Ya, dalam masa 5 minit ianya tersedia.. Tak percaya?

Maaf lah kualiti gambar yang kurang memuaskan. Namun masih mampu mempamerkan keenakan hidangan ini..

Ada magickah ibu Yusuf. Mampu menyediakan hidangan yang begitu lazat dalam masa 5 minit. Wah!! Hebat..

Okey, okey, ibu Yusuf mengaku. Ibu Yusuf ada pembantu sebenarnya. Dan ibu Yusuf dibantu oleh ini..

v

v

v

v


Produk myChef ready meals.. cuma keluarkan dari kotak, panaskan dalam mikrowave dan sedia dihidang.

Sahabat yang ikuti Jemari Asmara tahu kan, ibu menang Wowww 1001 Giveaway anjuran Kak Ida. Ibu ada cerita tentang majlis penyampaian hadiah di Restoran Rebung Dato' Chef Ismail di SINI dan cerita tentang hadiah yang ibu dapat di SINI.

Produk myChef nilah salah satu hadiahnya. Malam tu ibu bawa balik 16 kotak produk myChef. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produkni boleh ke blog myChef - Simply Delicious.


Gambar ulang tayang.. Ayah Yusuf dan Chef Zam di malam gilang gemilang..


Chicken Spaghetti with Asian Pesto..

Ciptaan unik Chef Zam yang menggabungkan Timur dan Barat. Pasta spaghettini yang hebat bersama daging ayam yang dimasak di dalam pes ala Timur yang mengandungi daun ketumbar dan daun basil. Pedas dan sedap..

 

Gambar terakhir sebelum dilicinkan oleh Muhammad Yusuf Nabhan..

Tahukah anda bahawa Yusuf tak makan makanan yang dia anggap pelik (tak biasa makan). Tapi yang ini dia kata; "sedaplah ibu!!".

Walaupun produkni ibu dapat percuma, ini kisah benar okey. Bukan rekaan semata-mata.. Serius memang sedap di tekak ibu dan Yusuf.

Syukur, penuh produk myChef dalam peti sejuk ibu. Inilah penyelamat andai terbabas bangun nak masak sahur nanti. Hoho.. Harap-harap la tak ada adegan terbabas tu.

Bukan sahaja penyelamat untuk bersahur, berbuka pun ye juga. Lagilah bagi ibu-ibu yang berkerja macam ibu Yusuf ni kan. Kadang-kadang sampai rumah je dah beberapa minit sebelum azan..

Apapun, jangan jadikan semua tu alasan untuk tidak memberi yang terbaik kepada keluarga. Macam-macam cara ada, cuma kita yang perlu bijak memilih.

Sekian catatan ibu Yusuf dan Maryam untuk kali ini. Hingga jumpa lagi.. :D

ps: malam ni teruja nak pergi solat terawih..

11 comments:

  1. sedapppppppppp!

    alamak, jelesnya k.zefa dapat benda alah ni hehe. nak jugak :)

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa untuk Zefa juga. Mmg nampak sedap. Nanti nak cuba carilah, boleh buat stok kalau terbabas juga di waktu sahur kan Zefa...:)

    ReplyDelete
  3. sedapnye nmpak..tak cuba mkn lg spageti nie..nnti baru nak mkn..hehe.

    ReplyDelete
  4. Sememang produk myChef sangat mudah dan lazat.. Banyak tu akak dapat sampai 16 kotak.. Puas merasa..

    ReplyDelete
  5. Waaaa... nampak sedaaap, nak kena try jugak nih..

    ReplyDelete
  6. menariknya..nak kena cuba jugak nie..selamat berpuasa buat k.zefa dan keluarga

    ReplyDelete
  7. sedapnya...boleh try jugak nanti...
    Selamat berpuasa utk Zefa sekeluarga...

    ReplyDelete
  8. Dengan erti kata lain, semua kena pegi beli buat stok terutamanya sepanjang bulan puasa... Hmmm, tengok hidangan jam 4.00ptg, DUGAAN!

    ReplyDelete
  9. ermmm yummy...slmt berpuasa zefa...petang ni menu apa ya utk bbuka?...;)

    ReplyDelete
  10. aduiiii...byk nye resepi kat sini...!
    plate tu nmpk hampir sama dah dgn gmbr..
    mcm pro dah..!
    :D

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...