Follower

Saturday, December 11, 2010

Tolonglah Kami..

Salam semua..

Saya tidak suka rokok.. Alhamdulillah, En. Ayah tidak merokok (sebelum ini dia adalah perokok, sehingga dia menyunting saya sebagai suri dalam hidupnya..) dan saya terpanggil untuk menyertai Segmen: Tolonglah Kami anjuran Ben Ashaari..

Segmen ini mudah saja .. Segmen ini aku dibuat untuk menyedarkan mereka yang gemar merokok ditempat tempat terbuka..

1. Letakkan gambar ini..


2. Ceritakan satu kenangan yang pernah anda lalui melibatkan isu merokok ditempat awam

Sebenarnya banyak kenangan yang pernah saya lalui melibatkan isu merokok di tempat awam, namun yang terkini adalah apabila saya melihat seorang bapa yang sedang mendokong anaknya yang masih bayi sambil merokok ditempat awam yang sesak dengan orang ramai. Luluh hati keibuan saya melihat keadaan itu. Kejadian  berlaku  di Zoo Melaka. Kejadian kedua juga di Zoo Melaka tetapi pada waktu malam, apabila saya melihat seorang lelaki dengan 'selamba' merokok ketika sedang beratur untuk menaiki traim.

3. Pernahkah anda menegur mereka yang merokok ditempat awam dan apakah tindakan yang diambil mereka ?

Saya tidak pernah menegur sesiapa secara terbuka, namun anak-anak saya sering melakukan isyarat dua tangan di mulut dan menggoyangkannya apabila ternampak sesiapa merokok di tempat awam. kebiasaannya, para perokok hanya akan tersenyum dan berlalu bergitu sahaja.

Saya pernah menulis satu N3 berkaitan isu ini sebagai satu teguran tidak langsung.

4. Rayuan anda pada mereka yang suka merokok ditempat awam ..

Tolonglah.. sayangi nyawa anda. Sayangi orang disekeliling anda. Ingatlah, anda mungki seorang pembunuh!

Sekian, wassalam.

7 comments:

  1. ctkus benci pada perokok yg tegar...
    rasa nyaaa akak kena buat entry mcm ne henchik ayah bole stop from smoking...kongsi tip2 yg bernas buat para2 kaum adam yg menjadi perokok tegar... :)

    ReplyDelete
  2. Tips? hehe.. gunakan kuasa 'centa' kita.. kihkihkih..

    ReplyDelete
  3. mamat pun dh join..

    http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2010/12/tolanglah-kami.html

    ReplyDelete
  4. rajin join segmen En. Ben..
    keep it up..good luck

    ReplyDelete
  5. klu tak salah ana, ada ubat utk hentikan rokok ni kan? berkesan ke?

    ReplyDelete
  6. kesian kat baby tu kan.. isk.. tahap kejam dah tu bapa dia merisikokan anak yg still baby
    ALL IN ONE
    join juga

    ReplyDelete
  7. Salam ukhwah dan terima kasih pada yang singgah di blog kecil ini..

    Mamat: sama2 kita berkempen ya..
    Lulu: ini 1st time joint,, itu pun atas sbb isu yg bagus..
    Ana: memang ada, berkesan atau tidak bergantung pada tahap motivasi untuk berhenti
    Nur: betullah, sedih hatii masatu..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...