Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Beberapa hari berturut-turut, negara digemparkan dengan isu 'duka' yang melibatkan kematian kanak-kanak kecil yang dilibatkan dengan kecuaian ibubapa. Kisah kematian Dirang, kisah anak lemas ketika ibu basuh kain dan kisah mayat kanak-kanak ditemui terapung di Tasik Titiwangsa ada ibu kongsikan di Jemari Asmara.
Pada mulanya, ibu kongsikan berita-berita tersebut di Jemari Asmara adalah sekadar mengisi ketandusan idea untuk mengisi Jemari Asmara dengan entry baru. Juga dengan harapan, agar kisah yang dibaca dapat menjadi pengajaran dan tauladan kepada pembaca agar lebih berhati-hati ketika bersama anak-anak.
Kemudian, bila ibu pingkan entry-entry tersebut di beberapa group FB, ianya seakan-akan 'panas' terutamanya dalam kes Dirang. Masing-masing melepaskan geram dengan hal kecuaian yang menjadi sebab awal tragedi berlaku. Alhamdulillah, masih ada juga yang mengingatkan kawan-kawan tentang apa yang berlaku adalah ketentuanNya. Ibu akhirnya sekadar menjadi pemerhati tanpa sebarang komen..
Jujurnya, ibu sentiasa takut dengan kejadian-kejadian seperti itu. Ibu kira semua ibubapa juga mempunyai perasaan yang sama. Dan hakikatnya, kami juga pernah berhadapan dengan kejadian yang menakutkan seperti yang pernah ibu kongsikan di Tragedi Anggerik Mall.
Setelah apa yang berlaku, setelah membaca semua komen dan pandangan, termasuklah entry teman-teman blogger, ibu punya pandangan sendiri yang ibu rumuskan di sini.
1. Jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Jika cuai dilihat sebagai sebab, berusahalah kita menjadi ibubapa yang tidak cuai..
2. Apapun sebab berlaku apa-apa kejadian, janganlah sampai kita lupa bahawa setiap yang berlaku adalah ketentuanNya..
3. Jangan terlalu mudah melulu membuat tafsiran sendiri hanya dengan berita-berita yang disampaikan. Jangan menghentam sesuka rasa.Cuba bayangkan, jika kita berada ditempat mereka
4. Sama-samalah kita doakan agar keluarga yang menerima musibah sabar dan sedekahkan al fatihah jika mangsa seorang Muslim..
Bukanlah ibu nak membela ibubapa yang cuai.. (mentang-mentang lah dia pun pernah cuai kan?), namun sesungguhnya bercakap itu adalah mudah. Namun siapa kita untuk melawan ketentuanNya..
Sama-sama kita berusaha untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik dan bertanggungjawab.
Ps: Entry ini ibu tulis selepas peristiwa petang tadi. Bawa Yusuf dan Maryam mandi di Wet World. Mata ibu sentias mengekori pergerakan Maryam. Namun dek keligatannya, ada juga pandangan ibu terputus juga dengan kelibatnya barang sesaat dua. Dalam sesaat dua, macam-macam boleh berlaku. Aduhaiii..
Permata hati ayah dan ibu..
Pss: Apa yang kena cover tu? Kisah di sebalik gambar ada dalam entry INI..
Sebagai manusia kita sedaya upaya menjaga amanah Allah ini... semoga anak2 kita dilindungi yg dari sebarang kejadian yg tak diingini.
ReplyDeleteApapun kita yg merancang Tuhan jugak yg menentukan..
Akak setuju dgn Zefa.. Janganlah tuduh-menuduh & hentam- menghentam tambahan sewaktu mereka dlm kesedihan. Ingatlah, sebaik mana kita menjaga anak kita dan betapa bertanggungjawabnya kita, andai itu ketentuan Ilahi, kita tak dapat mengelaknya. Cuma, jadikan semuanya sebagai iktibar untuk lebih berhati-hati..
ReplyDeletesetuju..org mmg suka menghentam tanpa memikirkan perasaan org yg kehilangan.sebagai ibu bapa kita sehabis daya memerhati pergerakan anak kita tp kalau benda nak jadi dalam satu saat boleh jadi. Semoga dijauhkan dr segala malapetaka..:)
ReplyDeleteitulah.. terkadang kita bila meluahkan pendapat terlalu emosi, lupa yg kita cuma tahu sedikit dari kisah yg benarnya.
ReplyDeletemana ada ibu bapa yg tidak kasihkan anak2nya? kita yg mendengar luluh hati sekadar membayangkan, apatah lagi mereka yg menanggungnya.
betul tu. nak salahkan lagi pun dah tak guna. cuma jadi peringatan pada kita sebagai parents. selbihnya kita kena faham itu semua ketentuan Allah.
ReplyDelete